More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak umum baucer RM500 dan Komputer Riba percuma untuk pelajar IPT...

    Kerajaan Sarawak umum baucer RM500 dan Komputer Riba percuma untuk pelajar IPT kategori B40

    KUCHING, 20 NOVEMBER 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak bersetuju untuk bantu Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sarawak melalui dua inisiatif utama dalam Belanjawan Sarawak 2024.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya apabila ia melibatkan kos pendidikan anak-anak Kerajaan Sarawak mengumumkan pemberian Baucar Buku RM500 seorang (diberikan) untuk pelajar IPTA dan IPTS Sarawak bagi isi rumah berpendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah.

    “Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada 35,000 pelajar universiti dan kolej dan sejumlah RM17.5 juta akan diperuntukkan untuk tujuan ini tahun depan yang akan diuruskan oleh Yayasan Sarawak.

    “Bagi tujuan pembelajaran dan penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan pada amsa kini, kerajaan juga bersetuju untuk memberikan komputer riba percuma pelajar Sarawak berkelayakan yang telah berjaya mendaftar ke IPTA dan IPTS,” kata beliau ketika sesi pembentangan Belanjawan Sarawak 2024 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, pada Isnin.

    Tambahnya, bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada 5,000 pelajar bagi isi rumah berpendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah dengan peruntukan RM15 juta.

    “Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan pelajar kita dengan teknologi penting yang mereka perlukan untuk cemerlang dalam usaha akademik masing-masing,” ujarnya.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...