More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan elektrik untuk rakyat terutama bagi kawasan luar bandar.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, usaha kerajaan negeri menyediakan kemudahan bekalan elektrik untuk kawasan bandar dan khususnya luar bandar telah membuahkan hasil apabila kini hampir di kebanyakan kawasan itu sudahpun mendapat akses bekalan elektrik.

    Katanya, sejak tahun 2019, Kerajaan Sarawak telahpun meluluskan sejumlah peruntukan besar sebanyak RM2.4 bilion di bawah projek rakyat untuk melaksanakan program bekalan elektrik di luar bandar di seluruh Sarawak.

    “Sehingga kini, sebanyak 80 peratus daripada jumlah peruntukan tersebut telah dilaksanakan oleh agensi pelaksana di bawah kementerian kita iaitu Sarawak Energy Berhad (SEB) manakala baki selebihnya masih dilaksanakan di pelbagai peringkat,” ujar beliau semasa berucap pada Majlis Bersama Rakyat ‘Memperkasakan Bekalan Elektrik Luar Bandar’ di Rumah Geruka, Daro, semalam.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar bersama penduduk Rh Geruka

    Menjelas mengenai projek bekalan elektrik yang menyambungkan rumah panjang Geruka, Daro, Dato Sri Julaihi menjelaskan projek tersebut membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap kawasan terutama di luar bandar mendapat kemudahan bekalan elektrik berterusan.

    “Saya amat berpuas hati selepas meninjau sendiri perkembangan terkini projek bekalan elektrikdi Rh Geruka ini dan berdasarkan peratus kemajuan projek terbabit penduduk di rumah panjang ini dijangka akan menikmati kemudahan itu sebelum menjelang sambutan Hari Gawai nanti,” jelas beliau.

    Turut hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro; Safiee Bin Hj Ahmad, Timbalan Setiausaha Tetap MUT; Syed Mohamad Fauzi Shahab, Residen Bahagian Mukah; Datu Kueh Lei Poh, Pegawai Daerah Matu; Hamidah Binti Halpi, Pengurus Besar Rural Electrification SEB; Nazry Latip, Pengurus Besar Corporate Stakeholders Management; Ahadiah Zamhari dan tetamu yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memperkasa bekalan elektrik di kawasan luar bandar

    0
    DARO, 22 FEBRUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg komited menyediakan kemudahan bekalan...