More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak teruskan usaha memberi subsidi air sebanyak RM150 juta setahun untuk...

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha memberi subsidi air sebanyak RM150 juta setahun untuk pengguna di kawasan luar bandar

    KUCHING, 08 FEBRUARI 2022 (SNN) : Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan meneruskan usaha pemberian subsidi bekalan air untuk kawasan luar bandar di bawah jagaan BJALB seluruh Sarawak bagi meringankan beban serta memastikan rakyat luar bandar mendapat bekalan air bersih dan terawat.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, berdasarkan kadar caj yang lebih rendah berbanding kos pengeluaran, setiap tahun kerajaan Sarawak sebenarnya telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta subsidi kepada pengguna di seluruh Sarawak di bawah jagaan JBALB sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat.

    “Sehingga kini kerajaan Sarawak mempunyai pelan jangka masa panjang bagi memastikan semua isi rumah di kawasan luar bandar seluruh Sarawak mendapat bekalan air bersih dan terawat yang mencukupi.

    “Tidak hanya itu bekalan air terawat untuk kawasan luar bandar sehingga kini juga masih dibekalkan kepada pengguna pada kadar yang jauh lebih rendah berbanding dengan kos pengeluaran sebenar. Misalnya. pada tahun 2020, kos untuk satu meter padu (m3) air adalah RM1.28 dan RM1.58 bagi tahun seterusnya berbanding dengan kadar caj yang dikenakan kepada pengguna iaitu hanya RM0.44 per meter padu (m3),” jelas beliau.

    Sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengarah JBALB Sarawak, Ir Chang Kuet Shiang di Ibu Pejabat JBALB Sarawak, semalam.

    Datuk Julaihi berkata sedemikian semasa sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak bagi menghadiri taklimat terperinci mengenai aspek dan perancangan bekalan air luar bandar yang disampaikan oleh Pengarah JBALB Sarawak, semalam.

    Jelas beliau, dengan adanya subsidi bekalan air terawat ini akan membantu rakyat dalam meringankan beban yang terpaksa menanggung beberapa kos yang meningkat pada masa kini. Kerajaan Sarawak akan terus melakukan langkah efektif dalam memberikan keselesaan kepada rakyat dengan menyediakan pelbagai inisiatif jangka masa panjang.

    Turut hadir sama mengiringi beliau, Menteri Muda Utiliti; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Menteri Muda Telekomunikasi; Datuk Liwan Lagang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    BDA peroleh 10 peratus pegangan dalam Ferroalloys Sdn Bhd melalui MoU...

    0
    TOKYO, 18 DISEMBER 2024: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) memperoleh 10 peratus pegangan dalam Pertama Ferroalloys Sdn. Bhd. melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Pemindahan Saham dalam...