More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak terus komited menambah baik penyediaan perkhidmatan telekomunikasi di negeri ini-Julaihi

    Kerajaan Sarawak terus komited menambah baik penyediaan perkhidmatan telekomunikasi di negeri ini-Julaihi

    KUCHING, 11 NOVEMBER 2022 (SNN): Kerajaan Sarawak berusaha untuk terus menambah baik isu telekomunikasi Sarawak selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dalam memberikan kemudahan internet berkelajuan tinggi khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, sehubungan itu, kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Sarawak Energy Berhad (SEB), Pusat Kecemerlangan Teknologi (CENTEXS), People Psyence® Sdn Bhd dan Ecotane Sdn Bhd bagi memacu aspirasi digital Sarawak.

    “MOU ini kita sedia maklum menandakan satu ikatan kerjasama di antara pihak agensi di bawah naungan kerajaan Sarawak dengan pihak swasta dalam usaha untuk meningkatkan terutamanya ketersambungan di seluruh Sarawak.

    “Kerjasama ini akan membantu kita untuk memudahkan perjalanan ke tahun 2030 di mana objektif kita adalah untuk menjadikan Sarawak wilayah yang berpendapatan tinggi,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Dan Pertukaran Perjanjian Tiga Pihak Antara SDEC Dengan Rakan Kongsi Strategik di Kuching, pada Khamis.

    Datuk Julaihi menyaksikan pertukaran MOU antara SDEC dengan rakan strategik.

    Datuk Julaihi menambah, Sarawak juga mempunyai inisiatif bagi menyokong kerajaan Persekutuan dalam usaha memperluas dan mempercepatkan proses ketersambungan digital terutamanya di kawasan luar bandar.

    “Selain daripada usaha yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sarawak mempunyai SEB dan SDEC yang memberi fokus kepada cara memperluaskan liputan terutama sekali di kawasan luar bandar.

    “Ini tujuan utama SDEC ditubuhkan oleh kerajaan Sarawak dan kalau kita lihat sebenarnya di bawah kerajaan pusat tetapi kerajaan Sarawak membuat intervensi dengan mewujudkan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan SDEC untuk mempercepatkan proses berkenaan,” ujarnya.

    Turut hadir dalam majlis menandatangani MOU tersebut ialah Pengerusi SDEC; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC; Sudarnoto Osman, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sarawak Energy Berhad; James Ung, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS; Syeed Mohd Hussien, Pengarah Urusan People Psychence® Sdn Bhd; Evelyn Chue dan Pengarah Urusan Ecotane Sdn Bhd; Datuk Bolhassan Di.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...