More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak nilai kesesuaian pelaksanaan Program Vaksinasi Individu 18 tahun ke bawah

    Kerajaan Sarawak nilai kesesuaian pelaksanaan Program Vaksinasi Individu 18 tahun ke bawah

    KUCHING, 07 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak bersama pakar-pakar perubatan kini sedang menilai secara terperinci kesesuaian berhubung pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 untuk individu yang berumur 12 hingga 18 tahun di negeri ini.

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri turut sedang membincangkan penyediaan kemudahan fasiliti dan kaedah untuk memastikan program vaksinasi itu kelak berjalan dengan lancar dan efektif.

    “Pihak kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana telah meluluskan program vaksinasi kepada individu berumur 12-18 tahun yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

    “Di samping itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak juga sedang berbincang kaedah pelaksanaan program berkenaan samada menyediakan lokasi tertentu ataupun berpusat di sekolah masing-masing,” katanya ketika ditemui media di Kuching, semalam.

    Terdahulu, Sarawak telah dipilih menjadi negeri pertama yang akan menjalankan program vaksinasi untuk individu berumur 12 hingga 18 tahun susulan negeri ini sudah melepasi sasaran 80 peratus populasi dewasa divaksin.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...