More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak menitikberat sistem pembangunan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    Kerajaan Sarawak menitikberat sistem pembangunan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    KUCHING, 26 FEBRUARI 2024: Kerajaan Sarawak komited memberi fokus dan perhatian dalam sistem pembangunan awal kanak-kanak di negeri ini.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, kementerianya sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu memantapkan lagi pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

    “Kita ada bekerjasama dengan JPNS, mengenai isu-isu yang bekaitan dengan anak-anak kita yang tidak di hantar ke pusat awal kanak-kanak sama ada di peringkat sekolah rendah harian biasa dibawah KPM iaitu pra-sekolah terutamanya dikawasan luar bandar.

    “Selain itu, di peringkat JPNS sebelum ini saya ada bekerjasama untuk membantu dalam meyelesaikan isu ketidakhadiran tapi bukan di peringkat umur enam tahun sahaja tapi di sekolah menengah juga.

    “Kerana kita tidak mahu banyak kes-kes yang menyebabkan pelajar tercicir atau tidak pergi sekolah dan sebagainya,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan SeDidik Sarawak Team Building 2024 di Damai Central, pada Sabtu.

    Datuk Mohammad Razi merakam gmbar bersama seluruh warga SeDidik yang hadir-foto UKAS

    Tambahnya, SeDidik merupakan usaha kerajaan Sarawak agar anak-anak tidak ada yang tercicir seawal umur lima hingga enam tahun lagi.

    “Kerajaan sarawak telah menetapkan bahawa kategori B40 dan kebawah diberi secara percuma manakala bagi B40 keatas bergantung dengan umur dan juga status tapi tidaklah terlalu tggi.

    “Sebab itu SeDidik ini terus di angkat sebagai satu plihan untuk ibu bapa menghantar anak-anak belajar. SeDidik merupakan salah satu usaha yang terbaik untuk pendidikan awal kanak-kanak.

    “Kalau di kawasan bandar ini saya rasa ibu bapa mungkin ada lebih banyak pilihan sama ada di swasta dan sekarang pun SeDidik sudah menjadi pilihan komuniti kita,” ujarnya.

    Tedahulu dalam program tersebut turut diadakan Ceramah Integriti dan Rasuah bersama Penolong Kanan Penguasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Azmizan Abdullah.

    Seramai 203 orang kakitangan SeDidik telah menghadiri program Team Building yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 sehingga 25 Februari.

    Turut hadir, Pengurus Besar, SeDidik Sdn Bhd; Ayun Dahari, Pengurus Kanan,Sektor Khidmat Korporat SeDidik; Siti Rodziah Bunsu Drahman, Pengurus Kanan, Sektor Pelaksanaan Program SeDidik; Awang Kederi Awang Mahdar, Pengurus, Bahagian Sumber Manusia Merangkap Penyelaras SeDidik Team Building; Jelawai Munang, Pengurus, Bahagian Kewangan SeDidik; Nur Syahida Saopi, Pemangku Pengurus, Operasi Zon Betong Mastira Mut, Pengurus, Operasi Zon Sibu; Rosnah Bit, Pemangku Pengurus, Operasi Zon Mukah; Hayati Sapiie, Pengurus, Operasi Zon Bintulu; Noraini Mahdi dan Pengurus, Operasi Zon Miri; Fatimah Suaal.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...