More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir di seluruh Malaysia bagi membantu pacu pekembangan...

    Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir di seluruh Malaysia bagi membantu pacu pekembangan sektor berkaitan di Sarawak

    KUALA LUMPUR, 18 MEI 2024: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir dari Semenanjung Malaysia untuk bekerja di pelbagai sektor baharu bagi memenuhi keperluan dalam sektor-sektor tertentu di negeri ini.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, Sarawak memerlukan ramai pekerja mahir dari seluruh Malaysia bagi terus memacu perkembangan negeri ini terutama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

    “Sarawak tidak boleh bangunkan negeri secara bersendirian, kita juga memerlukan tenaga mahir dari luar untuk bangunkan Sarawak contohnya, Projek Sistem Transit Aliran Automasi (ART), yang menjadi ketuanya adalah orang Semenanjung, bukan orang Sarawak kerana mereka mempunyai kemahiran.

    “Kalau anak Sarawak memiliki kemahiran, mereka juga boleh jadi ketua. Sebagai contoh di loji methanol, ketuanya anak Sarawak dari Sibu kerana beliau mempunyai pengalaman dari Petronas, tetapi yang lain-lain itu kita berkehendakkan juga orang luar.

    “Saya boleh beri jaminan, kita memerlukan ramai pekerja mahir, kerana ekonomi sarawak merupakan ekonomi baharu, bukan ekonomi konvensional,” katanya semasa sesi Townhall Program Diskusi Belanjawan Sarawak anjuran Mahasiswa Sarawak Universiti Malaya, di Kuala Lumpur pada Sabtu.

    Premier Sarawak dan dif kenamaan lain merakam gambar bersama mahasiswa Sarawak yang sedang menuntut di UM

    Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa Universiti Malaya (UM) sudah mula ‘merisik’ untuk menubuhkan fakulti undang-undang di Sarawak.

    Menurut Premier Sarawak lagi, pelajar fakulti undang-undang di UM nanti akan mempelajari undang-undang yang turut berkaitan dengan Sarawak.

    “Jadi pelajar akan belajar di sini (Sarawak) selama dua tahun dan di UM, dua tahun lagi. Ini bermakna kita akan ada fakulti undang-undang UM di Sarawak, dan nanti, undang-undang mengenai apa yang berlaku di Sarawak juga akan dipelajari dan perkara ini kita sedang melakukan sesi perbincangan dengan pihak UM,” ujarnya.

    Turut hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan); Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan); Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Naib Canselor Universiti Malaya; Dato Sri Profesor Ir. Dr Noor Azuan Abu Osman, Peguam Besar Negeri Sarawak; Datu Saferi Ali, Penasihat Undang-Undang di Jabatan Premier Sarawak; Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid serta mahasiswa-mahasisiwi Sarawak dari pelbagai universiti di Semenanjung Malaysia.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...