More
    Home Sarawak Limbang Kerajaan Sarawak memperuntukan RM1.5 bilion kepada NRDA bagi memajukan Bahagian Limbang

    Kerajaan Sarawak memperuntukan RM1.5 bilion kepada NRDA bagi memajukan Bahagian Limbang

    LIMBANG, 06 SEPTEMBER 2024: Kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion kepada Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) untuk memajukan Bahagian Limbang.

    Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, daripada jumlah itu, sejumlah RM160 juta akan diperuntukkan untuk daerah Limbang dan Lawas sahaja.

    Menurutnya lagi, peruntukan tersebut akan digunakan untuk membangunkan projek-projek infrastruktur asas, kemudahan pelancongan dan riadah, fasiliti sukan serta pendidikan.

    “Kebanyakan infrastruktur pendidikan sudah daif dan memang ada peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, tetapi ianya tidak mencukupi.

    “Sebab itulah kerajaan Sarawak membantu dan banyak sekolah mendapat manfaat termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang,” katanya selepas melawat ke tapak Projek Dataran Bandar Limbang, pada Rabu lalu.

    Datuk Dr Abdul Rahman Ismail ketika melakukan lawatan di beberapa tapak projek di sekitar Limbang-foto UKAS

    Dalam masa yang sama, beliau yang juga ADUN Bukit Kota itu memberitahu, sebuah Pusat Tingkatan Enam akan diwujudkan di kawasan itu dengan menaik taraf blok bangunan lama SMK Limbang yang kini kosong, setelah warga sekolah tersebut berpindah ke bangunan baru.

    Pada masa ini katanya, NRDA sedang menyiapkan pembangunan blok kantin dan beberapa blok asrama, tetapi masih memerlukan tambahan RM2 juta lagi untuk membeli peralatan dan perabot.

    “Kita berharap pusat Pusat Tingkatan Enam dapat dimulakan pada tahun depan kerana ia penting dan sudah dikategorikan sebagai pra universiti cuma ada beberapa isu yang perlu diselesaikan terutamanya proses mendapatkan Permit Pendudukan (OP),” jelas beliau.

    Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Residen Bahagian Limbang; Marie Cotilla Louise @ Rozita Kulai, Pegawai Daerah Limbang; Sulaiman Engal, Pemangku Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Limbang; Mahathir Jokeni, Pegawai Pendidikan Daerah Limbang; Matzinan Wahit, Pengetua SMK Limbang; Norfarhana Abdullah dan Pegawai Perhubungan Awam NRDA; Nasir Kindang-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...