More
    Home Sarawak Limbang Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti optimis tingkatkan kapasiti loji terawat Limbang kepada...

    Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti optimis tingkatkan kapasiti loji terawat Limbang kepada 87 MLD sehari

    LIMBANG, 06 MAC 2024: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak optimis loji air di bahagian Limbang berkemampuan untuk menghasilkan 87 juta liter sehari (MLD) air terawat.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, beliau telah membuat lawatan ke Loji Rawatan Air Berawan Limbang yang kini menghasilkan 40 MLD air terawat dan ia boleh dipertingkatkan kepada 87 MLD air terawat.

    “Untuk rekod, loji-loji rawatan air di seluruh Bahagian Limbang (yang terletak di Daerah Limbang dan Lawas) boleh menghasilkan 87 MLD Air Terawat berbanding permintaan terhadap air berjumlah 40 MLD.

    “Namun cabaran yang agak sulit ialah kadar kehilangan air yang tidak terhasil atau ‘non revenue water’ (NRW) yang perlu diatasi segera.

    “Sumber air dan pembinaan loji rawatan air baharu adalah satu keperluan segera selain pemasangan saluran paip baharu dan gantian paip uzur dengan paip baharu di kawasan yang telah dikenalpasti,” katanya dalam satu kenyataan dalam akaun Facebook miliknya pada Selasa.

    Dato Sri Julaihi ketika membuat tinjauan di Loji Rawatan Air Berawan,Limbang.

    Kenyataan sama memberitahu, beliau turut berkesempatan meninjau Sungai Limbang Raw Water Intake atau Muka Sauk Air Mentah Sungai Limbang yang letaknya 27 kilometer dari pejabat LAKU Management Limbang.

    Terdahulu, sebelum lawatan ke kedua-dua tapak, Dato Sri Julaihi telah diberi taklimat oleh Pengurusan LAKU Management dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) mengenai keadaan bekalan air terkini di Bahagian Limbang (Daerah Limbang dan Lawas).

    Hadir sama, Setiausaha Tetap MUT; Jafri Lias, Timbalan Setiausaha Tetap; Syed Fauzi Sahab, Ketua Pegawai Eksekutif LAKU Management; Daneil Punang, Pengarah JBALB; Awang Fadillah Awg Reduan dan Pengurus Air LAKU Bahagian Limbang; Muries Lukong.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...