More
    Home Sarawak Betong Kerajaan Sarawak luluskan Projek Pembinaan Kompleks Sukan Daerah Kabong

    Kerajaan Sarawak luluskan Projek Pembinaan Kompleks Sukan Daerah Kabong

    KABONG, 14 FEBRUARI 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak telah meluluskan untuk membina sebuah kompleks sukan bagi Daerah Kabong sebagai tanda menyokong pembangunan sukan di daerah itu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, kelulusan ini diumumkan melalui peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) melebihi RM30 juta.

    “Kita bakal ada sebuah stadium terbuka dan sebuah stadium tertutup untuk kegunaan rakyat dan belia amnya,” katanya selepas melakukan sepak mula perlawanan akhir Pertandingan Piala ADUN Kabong di Padang Pejabat Daerah Kabong pada Selasa.

    Chee Kadir turut menambah, kompleks sukan terbabit dilihat mampu memenuhi aspirasi masyarakat di kawasan terbabit khususnya golongan muda dalam memajukan arena sukan sekaligus memupuk semangat kesukanan.

    Tegasnya, beliau sendiri bagi mewakili penduduk Kabong mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang sentiasa mengambil berat keperluan belia di Sarawak khasnya DUN Kabong.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    14 Resolusi Zon Betong yang dibentangkan telah diserah kepada Premier Sarawak

    0
    BETONG, 26 JANUARI 2025: Sebanyak 14 resolusi mesyuarat perwakilan yang dikemukakan oleh 14 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang telah dibentangkan oleh...