More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak luluskan dana sebanyak RM180 juta bagi melaksanakan tiga program utama...

    Kerajaan Sarawak luluskan dana sebanyak RM180 juta bagi melaksanakan tiga program utama berkaitan bekalan elektrik

    KUCHING, 15 FEBRUARI 2022 (SNN) : Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM180 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tiga program utama berkaitan bekalan elektrik.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, projek tersebut ialah termasuk penyambungan grid Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar (SARES) sedia ada, penggantian bateri dan komponen utama untuk sistem solar serta projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) bekalan elektrik.

    Projek ALAF ini adalah untuk membekalkan bekalan elektrik kepada kira-kira 17,000 isi tumah di seluruh negeri yang mana merangkumi 40,000 permohonan sejak 2018 lagi.

    “Setakat hujung 2021, liputan bekalan elektrik bagi Sarawak adalah 98.6 peratus dengan kawasan bandar telah menerima liputan penuh dan 96.5 peratus bagi kawasan luar bandar. Baki 3.5 peratus akan dicapai pada tahun 2025 dan kami komited untuk memastikan visi kita iaitu liputan utiliti 100 peratus menjelang 2025,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi semasa Sambutan Tahun Baru Cina 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Jumaat.

    Datuk Julaihi bersama dua menteri muda bersama-sama melakukan upacara ‘Yee Sang’ sebagai simbolik Sambutan Tahun Baru Cina.

    Tambah beliau, selaras dengan visi negeri untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, kementerian juga akan melaksanakan Pembangunan Rangkaian Penjanaan, Penghantaran dan Pengedaran untuk menyediakan kapasiti tenaga yang mencukupi kepada pertumbuhan dan pembangunan negeri.

    Projek untuk pembangunan rangkaian ini diselaraskan dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID 2030 (PCDS 2030). Dalam PCDS 2030 ini, kementerian telah menggariskan pelbagai projek yang akan dilaksanakan berjumlah lebih RM23 bilion.

    Di bawah Pelan Induk Elektrik Luar Bandar pula katanya, pelbagai inisiatif untuk memperluaskan bekalan elektrik 24 jam ke kawasan luar bandar diperkenalkan dan akan diteruskan untuk perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

    Turut hadir sama kedua-dua menteri muda kementerian iaitu YB Datuk Liwan Lagang dan YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Tuan Syed Fauzi Sahab Wakil SUT Kementerian MUT serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...