More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak lulus pembinaan Loji Rawatan Air Lingga baharu dengan sistem 'Acute'

    Kerajaan Sarawak lulus pembinaan Loji Rawatan Air Lingga baharu dengan sistem ‘Acute’

    LINGGA, 25 JANUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak meluluskan pembinaan loji baharu bersebelahan Loji Rawatan Air Lingga yang sedia ada bagi meningkatkan keupayaan menghasilkan air bersih sebanyak 1 MLD apabila siap kelak.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Loji Rawatan Air Lingga yang terletak bersebelahan Pekan Lingga yang sudah berusia lebih 30 tahun itu hanya mampu menghasilkan air bersih terawat sebanyak 0.6 MLD hingga 0.8 MLD.

    Katanya, memandangkan permintaan air bersih di kawasan berkenaan semakin meingkat, kerajaan negeri telah bersetuju untuk meluluskan projek pembinaan loji tambahan bersebelahan tapak loji sedia ada yang nanti dilengkapi dengan ‘Acute System’.

    Dato Sri Julaihi ketika membuat tinjauan di Loji Rawatan Air Lingga

    “Apabila loji baharu itu siap kelak, maka keupayaan kedua-dua loji tersebut mampu menghasilkan air terawat sebanyak 1.8 MLD pada suku ketiga tahun ini.

    “Bagi jangka masa panjang, Lingga juga akan mendapat bekalan air dari Loji Rawatan Air Biyai yang kini berkapasiti 53 MLD apabila sistem grid bekalan air menuju Lingga dan Pantu bakal dibina kelak.

    Beliau berkata sedemikian selepas melakukan lawatan kerja di Loji Rawatan Air Lingga baru-baru ini.

    Turut hadir bersama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga; Dayang Noorazah Awg Sohor, ADUN Bukit Begunan; Datuk Mong Dagang, Timbalan Setiausaha Tetap MUT; Syed Fauzi Sahab, Pengarah JBALB; Awg Reduan, Timbalan Residen Sri Aman, Pegawai Daerah Lingga serta KMKK Lingga dan kawasan sekitar.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    14 Resolusi Zon Betong yang dibentangkan telah diserah kepada Premier Sarawak

    0
    BETONG, 26 JANUARI 2025: Sebanyak 14 resolusi mesyuarat perwakilan yang dikemukakan oleh 14 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang telah dibentangkan oleh...