More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak lulus dana sebanyak RM25,000 untuk JKKK Kampung Masjid, Sebuyau laksana...

    Kerajaan Sarawak lulus dana sebanyak RM25,000 untuk JKKK Kampung Masjid, Sebuyau laksana program komuniti

    SEBUYAU, 21 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam memperkasa komuniti luar bandar dengan menyokong sebarang pelaksanaan program komuniti dan telah bersetuju untuk menyuntik dana sebanyak RM25,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, sumbangan ini bertujuan untuk melancarkan pelaksanaan pelbagai program komuniti dan pembangunan kampung, termasuk inisiatif memelihara budaya tradisi serta memperkukuh semangat muafakat dalam kalangan penduduk.

    Sumbangan tersebut diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan berterusan di Kampung Masjid Sebuyau, selari dengan aspirasi kerajaan untuk membangunkan komuniti luar bandar secara menyeluruh.

    Dato Sri Julaihi menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir semasa majlis berlangsung

    “Majlis yang dianjurkan oleh JKKK dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Falah kali ini diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak kampung,” katanya semasa berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang diadakan di Surau Darul Falah, Kampung Masjid, pada Ahad.

    Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil Residen Bahagian Samarahan; Anuar Da’an, Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bujang dan Penghulu Abu Seman Suhaili dan Ketua Masyarakat Kampung Masjid Abang Sepawi Abang Junaidi-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PMX iktiraf PETROS sebagai agregator gas tunggal di Sarawak

    0
    KUCHING, 21 APRIL 2025: Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki, merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...