More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak komited laksanakan projek Bandar Baru Sebuyau bagi memenuhi keperluan infrastruktur...

    Kerajaan Sarawak komited laksanakan projek Bandar Baru Sebuyau bagi memenuhi keperluan infrastruktur dan sosial penduduk

    SEBUYAU, 07 NOVEMBER 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk melaksanakan projek Bandar Baru Sebuyau bagi memenuhi hasrat rakyat dan menyediakan rumah mampu milik yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial untuk penduduk khususnya di kawasan luar bandar.

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam lawatan kerja beliau ke Daerah Kecil Sebuyau berkata, lokasi bagi melaksanakan projek Bandar Baru Sebuyau tersebut telahpun dikenal pasti dan ianya akan dilaksanakan di bawah Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) yang nanti akan menyaksikan pembangunan skim perumahan mampu milik.

    “Bandar baharu ini sama seperti yang kita bangunkan di Serian yang mana nanti merangkumi pembangunan rumah mampu milik malah BDC (Borneo Development Corporation) juga akan membangunkan pusat pentadbirannya di sini nanti,” katanya pada sidang media selepas taklimat mengenai projek pembangunan sempena lawatan kerja Sebuyau di Sebuyau,

    Menurut kenyataan media pihak PELITA, Projek Perumahan Bandar Baru Sebuyau dirancang di kawasan seluas 41.36 ekar serta melibatkan pembinaan 235 unit rumah mampu milik untuk penduduk tempatan. Pada masa ini, kerja penyediaan tapak dan kerja tanah sedang giat dilaksanakan oleh pihak PELITA. Manakala kerja pembinaan 39 unit rumah bagi Fasa Pertama dijangka bermula pada suku pertama tahun 2022.

    Selain daripada projek perumahan, Pelan Induk yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri turut melibatkan komponen komersial seperti rumah kedai dua tingkat, rumah kedai tiga tingkat, medan selera, pasar tamu, premis industri kotej dan stesen minyak.

    Terdahulu, sejurus tiba ke Pekan Sebuyau Ketua Menteri telah diberi taklimat oleh beberapa agensi yang melaksanakan projek berkenaan termasuk projek benteng kawasan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) di kawasan pesisir iaitu dari Asajaya, Sebuyau, Gedong dan Simunjan di Pejabat Daerah Kecil Sebuyau.

    Sejurus selesai taklimat projek pembangunan, Ketua Menteri kemudiannya turun padang meninjau sendiri beberapa projek yang telah dirancang dan menghadiri majlis ringkas simbolik pecah tanah ke beberapa tapak projek di daerah Sebuyau termasuklah projek Giat MARA, High Level Tank, Masjid Baru Sebuyau, dan Tambirat.

    Ketua Menteri melakukan upacara simbolik ringkas pecah tanah di tapak projek Perumahan Bandar Baru Sebuyau-Kredit CMO.

    Jelas Ketua Menteri lagi, beliau akan membuat satu pengumuman nanti apabila beliau datang kembali ke Daerah Kecil Sebuyau bagi lawatan kerja yang sama seperti pada hari ini.

    Pada masa yang sama, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sarawak dan Kerajaan Sarawak kerana telah meluluskan semua projek yang sedang dirancang dan projek-projek baru yang diluluskan bagi kawasan DUN Sebuyau.

    Turut hadir Hadir sama Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan; Datuk Julaihi Narawi dan wakil-wakil agensi pelaksana.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...