More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak kini rancak laksanakan Pelan Induk Air & Sistem Grid Air...

    Kerajaan Sarawak kini rancak laksanakan Pelan Induk Air & Sistem Grid Air seluruh negeri

    KUCHING, 21 FEBRUARI 2025 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak inisiatif Kerajaan Persekutuan yang meluluskan Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan projek berkaitan air di bawah RM50 juta.

    Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, usaha ini membolehkan Kerajaan Sarawak mempercepat projek berkaitan air sekaligus melengkapkan usaha yang diambil oleh kerajaan negeri kini yang sedang giat melaksanakan projek bekalan air di seluruh wilayah Sarawak.

    Katanya, kedua-dua projek Pelan Induk Air dan Sistem Grid Air yang kini rancak dilaksanakan adalah dibiaya penuh oleh Kerajaan Sarawak termasuklah projek naiktaraf paip uzur sepanjang 2,740 kilometer yang telah bermula pada penghujung tahun lepas untuk jangka masa lima tahun.

    “Saya dapat tahu bahawa baru-baru ini untuk tahun 2025 di mana projek bernilai RM50 juta ke bawah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) boleh dilaksanakan oleh Sarawak melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

    “Melalui usaha ini, saya berharap ianya dapat melengkapkan usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak pada hari ini,” katanya semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Penutupan Sukan Bekalan Air Sarawak (SBAS) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuching, pada Khamis.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar bersama seluruh kakitangan agensi di bawah MUTS yang hadir

    ADUN Sebuyau itu menambah, melalui usaha ini juga Kerajaan Sarawak dapat mengatasi masalah kelewatan pelaksanaan projek oleh Kerajaan Persekutuan, sekaligus memastikan penduduk Sarawak terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar dapat menikmati bekalan air yang bersih dan berterusan.

    Sehingga kini, katanya lagi, Kerajaan Sarawak telah menggandakan usaha untuk memastikan bekalan air dapat disalurkan sehingga ke luar bandar dengan dua pelan induk utama, yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.6 bilion.

    “Menerusi pembiayaan alternatif bersama-sama dengan kelulusan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), kita mempunyai peruntukan sebanyak RM4.6 bilion yang telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak yang melibatkan sebanyak 407 projek.

    “Setakat ini, sebanyak 289 projek bersamaan dengan 71 peratus telah siap, 79 projek bersamaan dengan 19.4 peratus dalam peringkat prakontrak dan bakinya dalam pelbagai peringkat perlaksanaan,” ujar beliau lagi.

    Dengan itu, jelas beliau secara keseluruhannya, Kerajaan Sarawak telah berjaya mencapai 85 peratus liputan bekalan air bersih di seluruh wilayah ini termasuk di kawasan luar bandar.

    Turut hadir sama ialah Setiausaha Tetap MUTS; Datu Jafri Lias, Timbalan Setiausaha Tetap MUTS; Syed Fauzi, Pengarah JBALB Sarawak; Ir Ts Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan, Pengurus Besar Lembaga Air Kuching (LAK); Ir Rodziah Mohamad, Pengurus Besar Lembaga Air; Sibu Abdul Malik, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn Bhd; Ir Ts Daniel Punang serta tetamu kehormat yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak kini rancak laksanakan Pelan Induk Air & Sistem Grid...

    0
    KUCHING, 21 FEBRUARI 2025 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak inisiatif Kerajaan Persekutuan yang meluluskan Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan projek berkaitan air di...