More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak fokus hasilkan benih padi sendiri pastikan bekalan makanan di negeri...

    Kerajaan Sarawak fokus hasilkan benih padi sendiri pastikan bekalan makanan di negeri mencukupi

    GEDONG, 30 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak kini memberi tumpuan kepada penghasilan benih padi sendiri untuk memastikan keterjaminan makanan di negeri ini adalah mencukupi.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari berkata, wilayah ini memiliki infrastruktur yang mampu menghasilkan 240,000 tan padi setahun, ketika negara pengeluar utama seperti India dan Vietnam mengurangkan eksport beras akibat bencana cuaca.

    “Vietnam kini dilanda ribut taufan tanpa ‘notis’ maka ladang penghasilan padi mereka hancur. India pun sama juga di mana mereka terkesan dengan gangguan dari segi air.

    “Jadi kita di Sarawak tidak dapat nak bergantung sepenuhnya dengan orang lain (bagi padi) maka lebih baik kita lakukannya sendiri.

    “Alhamdulillah, kita di Malaysia berada di luar lingkaran api Pasifik maka kita bangunkan infrastruktur untuk hasilkan benih padi sendiri,” katanya dalam satu sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Rakyat Mid Sadong 1 di Kampung Lubok Punggor, pada Jumaat.

    YAB Premier Sarawak pada sidang media pada Jumaat-UKAS

    Premier Sarawak yang juga ADUN Gedong itu menambah, dengan dana yang mencukupi untuk menghasilkan kelengkapan infrastruktur padi, Sarawak juga akan mengimbangi pembangunan lain seperti penghasilan tenaga hidrogen dan sebagainya.

    “Bagus kita sedia awal, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Alang-alang ada dana sikit, kita bangunkan sendiri termasuk mengimbangi perkara lain untuk penghasilan tenaga seperti hidrogen,” jelasnya.

    Turut hadir sama ialah Menteri Industri Makanan, Komodoti dan Pembangunan Wilayah Sarawak; Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Ahli Parlimen Batang Sadong; Rodiyah Sapiee, Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong; Dato Sri Mohd Naroden Majais, Pengarah Jabatan dan Pengairan Sarawak; Datu Ir Ts Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Residen Bahagian Samarahan; Mohamad Irwan Bahari Bujang serta tetamu kehormat yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak fokus hasilkan benih padi sendiri pastikan bekalan makanan di...

    0
    GEDONG, 30 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak kini memberi tumpuan kepada penghasilan benih padi sendiri untuk memastikan keterjaminan makanan di negeri ini adalah mencukupi. Premier Sarawak,...