More
    Home Sarawak Limbang Kerajaan Sarawak dengan kerjasama KPLB dan UNIMAS akan melaksanakan PROSPEK di beberapa...

    Kerajaan Sarawak dengan kerjasama KPLB dan UNIMAS akan melaksanakan PROSPEK di beberapa Kampung di Lawas

    LAWAS, 15 MAC 2022 (SNN) : Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersetuju untuk melaksanakan Projek Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di beberapa kawasan kampung di Daerah Lawas yang telah dikenalpasti.

    Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lawas, Dato’ Henry Sum Agong turut berkesempatan menghadiri taklimat berkenaan projek itu bertempat di Pejabat Daerah Kecil Trusan pada Sabtu sebelum melakukan lawatan ke beberapa tapak projek yang dikenalpasti.

    Sesi taklimat mengenai pelaksanaan projek tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Tarmizi Abdul Rahman yang telahpun dilaksanakan di beberapa buah negara dan Daerah Lawas telah terpilih untuk melaksanakan projek berkenaan.

    UNIMAS telah diberi kepercayaan untuk menjalankan kajian kesesuaian projek tersebut untuk mengenal pasti lokasi strategik dan penyerahan PROSPEK itu telah dilakukan oleh KPLB dengan kerjasama Pejabat Daerah Lawas.

    Ahli Parlimen Lawas diketuai oleh Ketua Pengarah KPLB Malaysia meninjau beberapa lokasi yang dicadangkan untuk melaksanakan PROSPEK

    Dalam masa yang sama, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Lawas, Aminul berkata, untuk permulaan projek itu kelak akan dilaksanakan di Kampung Long Tuan, Beriwan Tengah, Long Sebulu, Kampung Tengah, Kampung Serapang dan beberapa kawasan Sundar dan Awat-Awat sejurus selepas UNIMAS selesai menjalankan kajian terperinci.

    Selepas selesai sesi taklimat, Dato’ Henry Sum Agong beserta rombongan yang diketuai oleh Ketua Pengarah KPLB Malaysia terus melawat kesemua lokasi yang dicadangkan untuk melaksanakan PROSPEK nanti.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...