More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak dan Jepun perkukuh kerjasama dalam pembangunan dan pembekalan tenaga hidrogen...

    Kerajaan Sarawak dan Jepun perkukuh kerjasama dalam pembangunan dan pembekalan tenaga hidrogen serta armonia

    KUCHING, 11 JUN 2024: Kerajaan Sarawak dan Jepun terus perkukuh kerjsama dalam membangunkan dan pembekalan tenaga hidrogen serta ammonia.

    Ketua Delegasi Jepun merangkap Pengurus Besar, Jabatan Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui, Agensi Sumber Asli dan Tenaga, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Hiroo Inoue berkata, kerjasama itu diperkukuhkan menerusi persetujuan yang dimeterai di antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Perbadanan ENOES serta Sumitomo, Jepun.

    Menurutnya, terdapat projek baharu yang sedang dalam perancangan di antara SEDC dan syarikat dari Jepun.

    “Antara perancangan mereka adalah untuk menghasilkan hidrogen hijau dengan memanfaatkan kuasa hidro di Sarawak.

    “Kami akan menukarkannya kepada Methylcyclohexane (MCH) dan kemudian mengeksportnya ke Jepun,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sempena Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024 pada Isnin.

    Sekitar kunjungan hormat oleh Ketua Deligasi Jepun ke atas YAB Premier Sarawak pada Isnin-Foto UKAS

    Hiroo menambah, projek ini sangat menarik dari sudut perspektif Kerajaan Jepun dan mereka telah membincangkan beberapa syarat untuk diatasi dalam jangka masa panjang projek tersebut.

    Turut hadir sama ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Berhad; Datuk Dr Sharbini Suhaili dan Pengerusi SEDC; Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husai-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...