More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak bersedia teroka potensi penggunaan teknologi AI

    Kerajaan Sarawak bersedia teroka potensi penggunaan teknologi AI

    KUCHING: Kerajaan Sarawak komited untuk meneroka potensi luar biasa teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membuka potensi penuh kesalinghubungan yang membawa kepada peningkatan kecekapan, produktiviti dan inovasi di negeri ini.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital serta menyediakan perkhidmatan kerajaan yang beretika dan telus untuk meningkatkan kualiti hidup setiap warga Sarawak.

    “Kerajaan Sarawak mengesahkan komitmennya untuk memajukan wawasan Sarawak untuk menjadi kuasa besar ekonomi digital untuk negara dan wilayah.

    “Kami bercita-cita tinggi dan proaktif tentang masa depan digital Sarawak dan saya optimis bahawa kami akan mencapai objektif kami dengan Sarawak akan menjadi masyarakat yang berkembang maju didorong oleh inovasi dan teknologi,” katanya dalam ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi pada majlis menandatangani Perjanjian SMART600 SMART600 Multi Operator Core Network antara Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) dengan CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL pada Jumaat.

    Dato Sri Julaihi ketika membacakan teks ucapan YAB Premier Sarawak

    Premier Sarawak turut menjemput pemain industri untuk menghadiri Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024 yang akan berlangsung dari 17 hingga 18 Oktober depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

    Memasuki tahun ketujuh dianjurkan tahun ini dengan bertemakan, ‘AI for Sustainable Development: Navigating the Green and Circular Future’, beliau berkata persidangan itu akan menghimpunan lebih 1,500 pemimpin global, inovator dan pihak berkepentingan untuk membincangkan topik utama seperti teknologi hijau dan inovasi, perkongsian kolaboratif, rantaian bekalan bulat dan topik lain yang berkaitan.

    Dalam pada itu, Dato Sri Julaihi pada sidang media selepas majlis berkenaan memberitahu, sebanyak 600 menara SMART dirancang dibina di seluruh Sarawak dan sebanyak 512 menara telah siap dibina.

    “Daripada jumlah 512 menara yang telah disiap dibina, 308 menara sedang berfungsi dan 247 menara telah menggunakan MOCN.

    “MOCN merupakan satu pencapaian yang dapat mempercepatkan usaha kita untuk membolehkan agenda di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak dilaksana dengan berkesan,” ujarnya.

    Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang turut hadir berkata, MCMC dan Kementerian Kewangan bersetuju untuk menyediakan dana sebanyak RM116 juta bagi membantu menara SMART600 dilengkapkan dengan MOCN enam hala.-BERNAMA

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...