More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak bercadang tubuhkan entiti bekalan air bersepadu-Datuk Julaihi Narawi

    Kerajaan Sarawak bercadang tubuhkan entiti bekalan air bersepadu-Datuk Julaihi Narawi

    KUCHING, 15 JANUARI 2022 (SNN) : Kerajaan Sarawak bercadang menubuhan satu entiti bekalah air bersepadu sebagai sebahagian daripada aspirasi negeri untuk memiliki utiliti bertaraf dunia, kata Menteri Utiliti dan Komunikasi negeri Datuk Julaihi Narawi.

    Beliau berkata, buat masa ini Sarawak mempunyai empat pihak berkuasa bekalan air iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan LAKU Management Sdn Bhd (LAKU).

    “Oleh itu, kerajaan negeri sedang mempertimbang kemungkinan melaksanakan entiti bekalan air bersepadu supaya dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi serta kemampanan kewangan,” katanya.

    Bercakap pada bengkel ‘Kajian Pembentukan Satu Entiti Bekalan Air dan Badan Korporat Bekalan Air Negeri’ di Emperial Hotel pada Jumaat, beliau berkata adalah penting untuk mempunyai sistem utiliti yang cekap dan berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi negeri itu.

    Beliau berharap kajian itu dapat menemukan model yang sesuai bagi satu entiti dan Pihak Berkuasa Air Negeri (SWA) sebagai badan korporat untuk menyelia secara proaktif serta mengurus sumber dan bekalan air di Sarawak secara holistik.

    Datuk Julaihi (tengah) hadir merasmikan bengkel “The Study on Formation of One Entity fo Water Supply and Body Corporate for State Water Authority” anjuran MUT.

    Julaihi menambah, penyelarasan dan kerjasama rapat antara agensi bagi memastikan kelestarian sumber air adalah penting bagi memudahkan penyampaian projek pembangunan di Sarawak.

    “Sebab itu adalah penting untuk mengukuhkan fungsi dan peranan SWA bagi mengubah fungsi kawal selia kita dan menambah baik perkhidmatan penghantaran bekalan air,” katanya lagi.

    Beliau berkata penambahbaikan sistem pemeteran dalam sektor utiliti menjadi antara agenda transformasi digital yang akan dijalankan oleh kementeriannya untuk memodenkan infrastruktur utiliti negeri dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

    Ujar beliau, di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), program Grid Bekalan Air Sarawak akan dilaksanakan untuk memastikan bekalan boleh dipercayai, di samping meneruskan Program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) bagi menyediakan air bersih dan selamat ke kawasan terpencil.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...