More
    Home Sarawak Limbang Kerajaan Sarawak akan tetap mempertahankan hak dan kepentingannya sepertimana termaktub dalam Perjanjian...

    Kerajaan Sarawak akan tetap mempertahankan hak dan kepentingannya sepertimana termaktub dalam Perjanjian MA63

    LAWAS, 02 NOVEMBER 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak akan terus mempertahankan hak dan kepentingannya seperti yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini termasuklah mempertahankan kebebasan beragama dan mengamalkan budaya serta adat resam yang pelbagai bagi memupuk masyarakat hidup berharmoni.

    “Sebab itu, ditubuhkan Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agakma Islam Sarawak (JAIS) untuk kepentingan masyarakat yang beragama Islam. Selain itu, kita juga menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang juga berfungsi untuk memberikan bantuan untuk gereja, tempel dan sebagainya.

    “Tujuannya ialah supaya kita dapat memupuk masyarakat yang harmoni kehidupannya dari segi amalan agama yang berbeza. Kita akan teruskan dengan kebebasan beragama dan adat resam masing-masing,” katanya semasa berucap dalam Lawatan Kerja Ke Long Tuan, Trusan Lawas pada Ahad.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari menambah, Kerajaan Sarawak juga akan meneruskan pembangunan di kawasan Utara Sarawak ini termasuklah menyediakan bekalan air, menaik taraf sekolah-sekolah, meningkatkan kemudahan termasuk liputan bekalan air dari kampung ke kampung secara berperingkat.

    “Walaupun sekolah ini di bawah Kerajaan Persekutuan tetapi kita di dalam Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) juga membantu untuk baik pulih sekolah. Ini melibatkan sekolah-sekolah di kawasan Trusan dan kawasan-kawasan lain di seluruh Bahagian Limbang ini,” tambahnya.

    Pada majlis itu juga, beliau memaklumkan Kerajaan Sarawak menerusi NRDA dan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak (RECODA) sedang melaksanakan pembinaan Anjung Usahawan yang dijangka siap pada Mac 2022.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Lawas; Dato’ Henry Sum Agong, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang juga ADUN Bukit Kota; Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau; Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Tetap Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDeNR); Datu Zaidi Mahdi, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...