More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak akan terus meningkatkan kualiti bekalan air bersih demi kesejahteraan rakyat

    Kerajaan Sarawak akan terus meningkatkan kualiti bekalan air bersih demi kesejahteraan rakyat

    MUKAH, 01 SEPTEMBER 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak komited tingkatkan mutu sistem bekalan air bersih bagi memenuhi keperluan semua penduduk di Sarawak agar dapat menikmati bekalan air bersih.

    Menterinya, Datuk Julaihi Narawi berkata, usaha kerajaan ini dizahirkan dengan merangka sebuah perancangan jangka pendek, ssederhana dan panjang serta menyeluruh bagi menambahbaik sistem bekalan air di Sarawak.

    Selain itu, usaha tersebut sekaligus dapat menyelesaikan isu bekalan air melalui pelaksanaan program Sistem Grid Bekalan Air Sarawak, Projek Rakyat, Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) dan Projek Air di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) serta program Pendigitalan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.

    “Sebagai contoh Loji Rawatan Air Basong kini dalam perancangan untuk dibina sebuah lagi loji baharu di lokasi yang sama dengan kapasiti 60 MLD bagi menampung peningkatan permintaan bekalan air di Bahagian Mukah.

    “Dengan siapnya loji baharu itu nanti ia akan menjadi loji utama selain sembilan lagi loji yang terdapat di sekitar Mukah,” jelas dalam satu kenyataan media selepas mengadakan lawatan rasminya ke Loji Rawatan Air Basong Bahagian Mukah pada Khamis.

    Datuk Julaihi dan rombongan mendengar taklimat serta meninjau pengoperasian sistem bekalan air loji tersebut.

    Untuk makluman, loji tersebut berkapasiti 60 juta liter sehari dan menyalurkan bekalan air ke seluruh Daerah Mukah termasuklah Balingian, Kuala Balingian, Dalat, Oya dan Igan di samping menyalurkan ke kawasan Kuala Serupai yang terletak di bawah pentadbiran Daerah Bintulu ditambah dengan loji baharu kelak menjadikan jumlah isipadu air dibekalkan kepada 120 MLD.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah; Datuk Hanifah Hajar Taib, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datu Mohamad Abdullah Zaidel, Setiausaha Tetap Kementerian MUT; Jafri Lias, Pengarah JBALB Sarawak; Ir Chang Kuet Shian dan Timbalan Residen Mukah; Shafrie Saili.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...