More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak akan teliti jumlah pelarasan bagi kenaikan gaji penjawat awam di...

    Kerajaan Sarawak akan teliti jumlah pelarasan bagi kenaikan gaji penjawat awam di negeri ini

    KUCHING, 17 OGOS 2024: Kerajaan Sarawak akan meneliti jumlah pelarasan yang digunakan oleh kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebelum melaksanakan pelarasan gaji untuk penjawat awam di negeri ini.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam kenyataannya memberitahu, kerajaan negeri bertekad untuk mengikuti langkah kerajaan persekutuan dalam melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam dengan pelaksanaannya akan disesuaikan mengikut kemampuan kewangan negeri.

    “Kita sedang mengkaji gaji perkhidmatan awam kita dan kita akan membuat pengiraan berdasarkan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    “Setidak-tidaknya setaraf, kalau tidak pun mungkin baik sedikitlah,” katanya dalam satu sidang media selepas menyaksikan pertandingan Taekwondo Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, pada Jumaat.

    Jelas Datuk Patinggi Abang Zohari lagi, memandangkan skim perkhidmatan awam negeri menggunakan Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) dan tidak berpencen, kerajaan negeri juga mempertimbangkan faedah-faedah lain serta peluang kenaikan pangkat untuk kakitangannya.

    Terdahulu, Dato’ Seri Anwar dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 di Putrajaya pada Jumaat mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

    Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak; Dato Sri Fatimah Abdullah, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan); Dato Gerald Rentap Jabu dan Datuk Dr. Ripin Lamat serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024; Datu Hii Chang Kee-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...