More
    Home Sarawak Bintulu Kerajaan Sarawak akan pertimbangkan pembinaan rumah untuk 8,000 penduduk PPR Bandaria Park

    Kerajaan Sarawak akan pertimbangkan pembinaan rumah untuk 8,000 penduduk PPR Bandaria Park

    BINTULU, 03 NOVEMBER 2023 (SNN):  Kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mempertimbangkan hasrat sekitar 8,000 penduduk di pangsapuri Program Perumahan Rakyat (PPR) Bandaria Park di sini untuk memiliki kediaman sendiri.

    Prihatin dengan permohonan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Ali Hasan berkata, beliau akan membawa permohonan penduduk pangsapuri berkenaan kepada pihak berkaitan.

    “Dengan menggunakan konsep 1,000 unit pangsapuri yang dibangunkan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) itu pada masa ini adalah jenis sewa beli.

    “Saya akan berunding dengan pihak HDC mengenai pekara ini bagi merealisasikan hasrat mereka mempunyai unit rumah sendiri,” ujarnya semasa Program Pemimpin Bersama Rakyat di PPR Bandaria pada Jumaat.

    Datuk Amar Awang Tengah bersama calon GPS DUN Jepak beramah mesra bersama penduduk di PPR Bandaria Park, Bintulu.-Foto UKAS

    Datuk Amar Awang Tengah turut menambah, isu tekanan air ynag rendah di kawasan perumahan itu turut diberi perihatian.

    “Saya akan melihat apakah yang menjadi punca kepada masalah ini belaku selain masalah laluan ke sekolah berdekatan juga akan dibawa kepada kementerian berkaitan,” tambahnya.

    Sementara itu dalam perkembangan lain ketika ditemui media, Datuk Amar Awang Tengah berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menggerakkan seluruh jentera parti dalam memastikan pengundi tidak berdepan dengan masalah ketika turun mengundi pada 4 November ini.

    “Kita mahu jentera parti kita menumpukan usaha bagaimana memastikan pengundi – pengundi dapat keluar mengundi dengan mudah.

    “Ini adalah penting sebab kemenangan kita bergantung kepada jumlah turun mengundi,” jelasnya.

    Turut hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak; Datuk Rosey Yunus, Ahli Parlimen Lawas; Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro; Razaili Gapor, ADUN Lingga,;Dayang Noorazah Awang Sohor dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS); Iskandar Turkee.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...