More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam di...

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam di Sarawak

    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan ekonomi negeri.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, wakaf bukan sahaja sebahagian daripada syariah Islam, tetapi juga mekanisme penting dalam pembangunan umat Islam dan penyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

    “Yayasan Wakaf haruslah dipersetujui oleh Kabinet. Apabila dibentangkan masalah penubuhan wakaf, saya memberikan bayangan kepada rakan-rakan di mana ia merupakan salah satu syariah Islam di mana kita boleh mewakafkan harta kepada badan ini yang harus diuruskan, maka kita tubuhkan amanah wakaf tadi,” katanya ketika menyampaikan Wacana Perdana pada Majlis Kesyukuran Agensi-Agensi Islam Sarawak, pada Selasa.

    YAB Premier Sarawak ketika merasmikan Majlis Kesyukuran Agensi-Agensi Islam Sarawak-foto UKAS

    Premier Sarawak turut menjelaskan pentingnya memastikan aset wakaf didaftarkan dan diuruskan secara profesional oleh institusi yang diamanahkan, bagi mengelakkan sebarang isu pewarisan yang boleh menjejaskan niat asal pewakaf.

    Dalam konteks ini, Yayasan Wakaf Sarawak katanya akan berperanan sebagai entiti yang bertanggungjawab dalam menguruskan harta wakaf, memastikan ia digunakan untuk keperluan seperti pembinaan sekolah, masjid, hospital dan pelbagai projek pembangunan lain.

    Beliau turut menegaskan bahawa konsep wakaf bukan hanya memberi manfaat kepada umat Islam, tetapi juga kepada masyarakat umum, selaras dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam.

    Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan-Timbalan Menteri, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak; Datu Kipli Yassin serta dif-dif kenamaan yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...