More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak akan mempercepatkan kelulusan tanah bagi projek pembinaan menara telekomunikasi di...

    Kerajaan Sarawak akan mempercepatkan kelulusan tanah bagi projek pembinaan menara telekomunikasi di seluruh negeri

    KUCHING, 19 FEBRUARI 2022 (SNN) : Kerajaan Sarawak akan mempercepatkan kelulusan tapak tanah yang diperlukan bagi projek pembinaan menara telekomunikasi di negeri ini khususnya kawasan luar bandar dan pedalaman.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, ini merupakan antara langkah bagi mempercepatkan pembinaan menara telekomunikasi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    “Dalam taklimat yang disampaikan ada menjelaskan SDEC akan memainkan peranan dalam membina menara telekomunikasi serta menyediakan khidmat MY Sarawak Broadband Network (MYSRBN) dan khidmat Mobile di seluruh negeri Sarawak khususnya kawasan luar bandar.

    “SDEC juga berhasrat untuk memperluaskan liputan jalur lebar/jaringan internet melalui program JENDELA di seluruh Sarawak sehingga mencapai 100% secepat yang mungkin bagi membolehkan setiap menara telekomunikasi dapat dipasang oleh syarikat telekomunikasi,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Komplex CENTEXS dan SDEC, semalam.

    Sekitar lawatan kerja Menteri MUT ke CENTEXS dan SDEC, semalam.

    Tambah Julaihi, SDEC kini sudah mempunyai peralatan yang boleh dipasang di setiap menara yang sudah siap dibina. Setakat ini sebanyak 287 menara yang telah siap dibina sudah dipasang dengan peralatan dan boleh beroperasi manakala baki 273 menara telco yang sudah siap dibina akan dipasang dalam masa terdekat dalam tahun ini.

    “Dalam masa yang sama, SDEC juga akan membina menara tambahan sebanyak 300 tiang dan akan dipasang dengan peralatan apabila siap kelak. Manakala tapak untuk membina menara tersebut akan diluluskan dalam masa terdekat ini,” ujarnya lagi.

    Jelasnya, beliau berharap seluruh kawasan di negeri Sarawak khususnya kawasan luar bandar dapat mencapai kemudahan jaringan internet dengan mempercepatkan kelulusan projek-projek ini sebelum tahun 2025.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...