More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau dengan kerjasama Klinik Kesihatan Sebuyau dan Pejabat Daerah Sebuyau pada Ahad.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi dalam kenyataan beliau memberitahu, program ‘Berkhatan Perdana’ tersebut merupakan acara tahunan setiap kali tiba musim cuti sekolah akhir tahun dan sambutan yang diterima adalah sangat ramai.

    Dato Sri Julaihi menyempurnakan simbolik mandi beramai-ramai kanak-kanak yang akan berkhatan di pekarangan KK Sebuyau

    Dalam masa yang sama, dalam ucapan beliau turut berkongsikan satu projek Rural High Speed Broadband juga telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak untuk dilaksanakan di kawasan Sebuyau.

    “Projek itu kelak akan dilaksanakan oleh agensi pelaksana iaitu Sarawak Multimedia Authority (SMA) dalam program ‘The Southern Region Open Network (SRON)’ yang mana nantinya juga akan melibatkan kawasan lain seperti Gedong, Simunjan, Sadong Jaya dan Asajaya,” ujar beliau.

    Turut hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Batang Lupar; Mohd Shafizan Kepli, Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman bin Bujang, Pakar Perubatan Keluarga KK Sebuyau; Dr Nurdarlina binti Shaari, Pegawai Perubatan KK Sebuyau; Dr Abdullah Luqman bin Shamsudin, KMKK sekitar Sebuyau dan pegawai bomba dari BBP Simunjan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...