More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Pusat digesa selesaikan isu fasiliti bekalan air dan telekomunikasi di premis...

    Kerajaan Pusat digesa selesaikan isu fasiliti bekalan air dan telekomunikasi di premis persekutuan

    KUCHING, 08 NOVEMBER 2023 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menyeru kerajaan pusat agar menyelenggara sistem bekalan air dan telekomunikasi di premis kerajaan persekutuan yang berpunca daripada sistem retikulasi air dalaman yang tidak diselenggara dengan baik serta liputan dan kualiti perkhidmatan telekomunkasi yang kurang memuaskan.

    Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi dalam kenyataannya berkata, antara isu bekalan air yang dihadapi di premis Persekutuan adalah pam dan tangki air yang tidak diselenggara seta kebocoran paip air yang berlaku.

    “Isu ini bukan sahaja telah menyebaban masalah bekalan air di premis terbabit malah menyebabkan pembaziran air dan turut menjejaskan tekanan air dan bekalan air ke kawasan lain yang berdekatan.

    “Antara aduan yang diterima adalah dari SMK Agama, SMK Sedaya, SMK Kanowit, Kem Rascom Batu 10 dan Wisma Persekutuan di Sibu, Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Penjara Puncak Borneo, SMK Pedawan, SMK Lundu dan SMK Sematan di Kuching serta ICQ Mengkalap, ICQ Merapok, SMK Trusan dan Hospital Lama di Lawas,”katanya.

    Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bagi menjelaskan peranan dan tanggungjawab agensi bekalan air dan telekomunikasi berkaitan dengan penyelenggaran fasiliti tersebut di premis Kerajaan Persekutuan, pada Selasa.

    Dato Sri Julaihi mempengerusikan mesyuarat bersama kementerian dan agensi-agensi di bawah MUT

    Beliau menambah, berdasarkan kepada The Water Supply Regulations, 1995, agensi bekalan air di Sarawak hanya bertanggungjawab untuk membekal air dan menyelenggara fasiliti bekalan air sehingga ke meter air premis sahaja.

    Pada masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak juga menjalankan ujian audit rangkaian mudah alih dan tetap secara berkala di lokasi-lokasi strategik yang telah dikenalpasti sepanjang tahun termasuk di premis Kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap pembekal perkhidmatan telekomunikasi mematuhi “Mandatory Standard’ yang telah ditetapkan oleh SKMM.

    “Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga melaksanakan projek telekomunikasi Point of Presence (PoP) yang melibatkan sebanyak 741 buah sekolah di Sarawak.

    “Projek PoP ini merupakan infrastruktur telekomunikasi yang tersedia untuk menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi untuk sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sarawak,” ujarnya.

    Justeru, beliau berharap kemudahan infrastruktur telekomunikasi ini turut dilengkapi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di sekolah berkaitan bagi tujuan pendidikan dan pembelajaran di sekolah.

    “Memandangkan penyelenggaraan bekalan air serta liputan dan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di premis kerajaan Persekutuan bukan di bawah tanggungjawab kerajaan Sarawak, maka saya menyeru agar agensi kerajaan Persekutuan selaku pemilik premis untuk memastikan sistem retikulasi dalaman bekalan air dan perkhidmatan telekomunikasi di premis kerajaan Persekutuan diselenggara dan berada di tahap yang baik,” jelasnya lagi.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...