More
    Home Sarawak Limbang Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian Limbang

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian Limbang

    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas sekolah-sekolah di Bahagian Limbang.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gambung, kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) memperuntukan dana bagi kerja-kerja baik pulih sekolah daif di Daerah Limbang termasuklah bangunan asrama pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Penganan.

    “Tidak hanya itu, penyaluran dana melalui geran tahunan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di bawah ADUN Batu Danau yang berjumlah RM5,000 bagi tahun 2020 juga disalurkan untuk kebajikan sekolah.

    “Dana tersebut dimanfaatkan oleh PIBG sekolah bagi membeli keperluan seperti 3 unit LCD Projector kerana ia menjadi satu keperluan dalam memastikan keberkesanan penyampaian maklumat kepada pelajar dalam sesi pembelajaran dan pengajaran tercapai,” kata beliau semasa berucap dalam Majlis Penyerahan LCD Projector kepada Guru Besar SK Penganan pada Khamis.

    Tambah beliau, tahun ini juga kerajaan negeri telah meluluskan dana sebanyak RM5,000 lagi kepada PIBG sekolah bagi tujuan melaksanakan aktiviti sekolah dan program keibubapaan.

    Turut hadir sama Timbalan Pengerusi SADIA, Pampang Limbang Jangan Bakar dan Yang DiPertua PIBG Ronnie Lenggang.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...