More
    Home Sarawak Bintulu Kerajaan Negeri dan Pusat komited tingkatkan kualiti sistem bekalan air di Bintulu

    Kerajaan Negeri dan Pusat komited tingkatkan kualiti sistem bekalan air di Bintulu

    BINTULU 25 OKTOBER 2023 (SNN): Pelaksanaan projek bekalan air terus rancak dilaksanakan bagi menambahbaik infrastruktur dan sistem bekalan air bagi menampung permintaan tempatan yang semakin meningkat di Bahagian Bintulu jelas Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.

    Beliau dalam satu kenyataan media memberitahu, sebanyak 31 projek-projek berkaitan telah dirancang oleh kerajaan Sarawak bernilai RM234 juta bagi menampung permintaan tempatan yang semakin meningkat telah siap dilaksanakan dan ada yang telah berjaya menangani beberapa isu bekalan air di Bintulu.

    “Manakala lapan projek bernilai sekitar RM118 juta masih lagi dalam fasa pembinaan dan menunjukkan perkembangan yang amat positif.

    “Selain itu, tujuh projek bernilai sekitar RM416 juta masih lagi berada dalam fasa perancangan,” katanya pada sidang media bersama media semasa mengadakan lawatan kerja ke projek Tangki Air Aras Tinggi Samarakan, Bintulu pada Selasa.

    Kenyataan media berhubung 46 Projek Bekalan Air yang sedang giat dilaksanakan di Bintulu -Foto Kementerian MUT

    Sehubungan itu katanya, pembinaan projek Tangki Aras Tinggi Samarakan yang bernilai sekitar RM15.7 juta juga kini mencecah 98.31 peratus kemajuan dan dijangka siap pada hujung tahun ini.

    Pelaksanaannya adalah bagi menjamin kualiti bekalan air yang lebih baik dan berterusan di bahagian Bintulu justeri itu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak akan memastikan projek-projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

    “Projek-projek tersebut adalah sebahagian daripada Sistem Grid Bekalan Air Sarawak yang diilhamkan oleh Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg) untuk menyelesaikan isu bekalan air secara efektif dan menyeluruh,” tambahnya lagi.

    Turut hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Syed Mohamad Fauzi Shahab, Pengarah Bahagian Bekalan Air Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; George Lee, Ketua Pegawai Eksekutif LAKU Management Sdn Bhd; Ts Daneil Punang, Timbalan Pengarah JBALB (Operasi); Ahmad Selihin serta tetamu lain.-UAKS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...