More
    Home Sarawak Limbang Kerajaan GPS komited teruskan naiktaraf kualiti hidup rakyat bagi mencapai status negeri...

    Kerajaan GPS komited teruskan naiktaraf kualiti hidup rakyat bagi mencapai status negeri maju-Awang Tengahmenjelang tahun 2030

    LAWAS, 22 JANUARI 2022 (SNN) : Kerajaan Sarawak terus memberikan fokus untuk mengangkat taraf hidup masyarakat di negeri ini terutama sekali di kawasan luar bandar.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, langkah ini adalah untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 dan ia akan dilakukan secara berperingkat seperti yang telah dirancangkan.

    “Banyak peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu rakyat seperti Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Tansformasi Luar Bandar (RTP).

    “Begitu juga kita teruskan baik pulih rumah dan sebagainya dan semua ini adalah untuk membantu masyarakat kita. Apa keperluan yang menjadi keutamaan kita usahakan dengan peruntukan yang ada,” katanya dalam Majlis Kesyukuran Sempena kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon Ladang Baru pada Ahad.

    Datuk AMar Awang Tengah menyampaikan sumbangan kepada masyarakat di kawasan Zon Ladang Baru, Lawas.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari menambah, Kerajaan Sarawak juga merancang untuk membina loji air di Sungai Pengalih untuk meningkatkan bekalan air secara lebih meluas lagi.

    “Kita merancang untuk membina loji air di Sungai Pengalih untuk meningkatkan bekalan air secara lebih meluas lagi. Jika ini terlaksana ia akan dapat menyalurkan bekalan air di banyak tempat lagi di kawasan ini seperti kawasan Merapok, kawasan Ladang baru ini sehingga ke Long Sukang dan supaya kita tidak menghadapi tekanan air yang rendah.

    “Bagi kawasan di seberang ini, inshaAllah akan dihubungkan dengan bandar Lawas dengan pembinaan jambatan nanti dan ini juga akan membangunkan kawasan di sebelah ini. Kemudahan-kemudahan ini akan ditingkatkan dengan perancangan pembangunan yang sudah dirancang,” tambahnya.

    Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II memberitahu, dengan kemenangan GPS itu juga, Kerajaan Sarawak akan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memberi kemajuan dan kemudahan kepada masyarakat kita.

    “Kita akan terus memastikan agar usaha untuk meningkatkan lagi kemajuan negeri kita ini terus dipertingkatkan dan menjaga kebajikan masyarakat kita dan membina asas yang kukuh untuk menjamin masa depan yang lebih baik terutama di kalangan belia kita serta meningkatkan lagi kemahiran di kalangan anak-anak kita,” ujarnya.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting lahirkan generasi berkualiti pada masa akan datang

    0
    LIMBANG, 06 JANUARI 2025: Hari Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memainkan peranan penting dalam memperkasakan...