More
    Home Malaysia Keputusan pembinaan hospital tambahan Simunjan akan didengarkan dalam RMK-12

    Keputusan pembinaan hospital tambahan Simunjan akan didengarkan dalam RMK-12

    SIMUNJAN, 08 JANUARI 2022 (SNN): Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memberi keutamaan kepada klinik-klinik atau hospital-hospital yang memerlukan perhatian mendesak.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, antaranya keputusan cadangan pembinaan hospital tambahan di daerah Simunjan akan diketahui dalam pelan pusingan keempat Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

    “Keutamaan memang akan diberikan kepada klinik-klinik dan juga hospital-hospital yang memerlukan perhatian.

    “Bagi pembinaan hospital tambahan, tapak tanah bagi hospital baharu ini sudah dikenalpasti dan mempunyai dua pilihan tapak, namun cadangan projek tersebut terlebih dahulu perlu disenaraikan di dalam pelan pusingan keempat RMK-12,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Klinik kesihatan Ibu dan Anak Bandar Simunjan pada Sabtu.

    Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti memambah, keutamaan akan diberikan kepada projek-projek yang sangat mendesak seperti Hospital Baharu Simunjan.

    Katanya, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) telah mengemukakan 18 cadangan projek tambah baik kepadanya, namun projek itu akan diputuskan dalam tempoh berapa bulan akan datang.

    “Cadangan tersebut antara perkara tersenarai di dalam pelan pusingan keempat RMK-12 hasil kajian daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak,” ujarnya.

    Sambil menambah, tidak semua cadangan projek tambah baik itu akan dilaksanakan memandangkan beberapa projek terdahulu masih belum berjalan.

    “Kedatangan saya ke Simunjan terutama sekali melawat hospital adalah kesinambungan lawatan mantan Menteri Kesihatan dan juga mantan Ahli Parlimen Batang Sadong pada tahun lepas sekitar September lepas.

    “Beberapa perkembangan yang positif di mana peralatan-peralatan yang telah dijanjikan ada yang telah sampai dan ada lagi masih menunggu untuk dalam proses permohonan dan juga tender,” katanya.

    Lukanisman bersama Rodiyah serta Awla juga turut berkesempatan menyantuni para pesakit di hospital berkenaan.

    Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr. Ooi Choo Huck, Pegawai Daerah Simunjan Seroji Ludin, Pengarah Hospital, Hospital Simunjan Dr. Noraziela Morney dan Pegawai Kesihatan Daerah Simunjan Dr. Joshua Peterson Legi.

    Terdahulu, Lukanisman bersama rombongan telah melakukan tinjauan keadaan bangunan Pejabat Kesihatan Daerah Simunjan, Klinik Ibu Dan Anak Simunjan Bandar, kuarters kediaman petugas kesihatan, serta Hospital Simunjan.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Abang Jo harap lebih ramai akauntan tempatan sertai usaha Kerajaan Sarawak...

    0
    KUCHING, 14 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru lebih ramai akauntan tempatan...