More
    Home Sarawak Kuching Kenyataan media Ketua Polis IPD Padawan berhubung kes tembakan di Kampung Kolong...

    Kenyataan media Ketua Polis IPD Padawan berhubung kes tembakan di Kampung Kolong 1, Kuching.

    PADAWAN, 14 OKTOBER 2021 (SNN) : Pada 13 Oktober 2021 jam lebih kurang 12.45 tengahari, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan telah menerima makluman awal dari orang awam berhubung satu kes tembakan bertempat di sebuah rumah Kampung Kolong 1, Sungai Tengah Jalan Matang Kuching.

    Siasatan awal mendapati suspek seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun yang bertugas sebagai askar telah tiba dilokasi kejadian bagi tujuan penyelesaian rumahtangga dengan isteri saspek yang mana masih dalam proses penceraian. Semasa dalam perbincangan suspek telah marah dan mengambil senjata jenis M4 yang disimpan dalam kereta suspek.

    Suspek terus melepaskan beberapa das tembakan di dalam rumah bahagian ruang tamu dan dapur. Dalam kejadian itu, ibu mertua suspek berumur 58 tahun turut terkena tembakan di bahagian bahu sebelah kiri. Kemudian suspek menghala ke hadapan rumah dan terus menembak diri sendiri di bahagian bawah dagu. Suspek (mangsa) telah maut ditempat kejadian.

    Kenyataan media Ketua Polis IPD Padawan berhubung kes tembakan melibatkan seorang askar

    Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Siasatan sedang dijalankan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesa orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembukaan Jambatan Muara Lassa untuk orang awam bakal pacu pembangunan ekonomi...

    0
    DARO, 03 JANUARI 2025: Majlis prapelancaran Jambatan Muara Lassa akan diadakan pada 9 Januari ini, yang dijangka disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas...