More
    Home Sarawak Limbang Kemudahan infrastruktur di Kampung Baru Kuala Berawan Limbang semakin baik memudahkan kehidupan...

    Kemudahan infrastruktur di Kampung Baru Kuala Berawan Limbang semakin baik memudahkan kehidupan masyarakat setempat-Datuk Hasbi

    LIMBANG, 24 MEI 2022 (SNN) : Jika dahulu Kampung Baru Kuala Berawan Limbang ini terlalu jauh untuk dikunjungi disebabkan tiadanya kemudahan infrastruktur seperti jalan raya biarpun jaraknya tidak jauh.

    Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah bagaimanapun menjelaskan, sekarang ini keadaannya telah jauh berubah kerana adanya kemudahan awam dan asas yang disediakan kerajaan.

    “Kampung ini dulu boleh dikatakan dekat tetapi jauh dengan bandar kerana dahulu tiada jalan raya ke sini, hanya menggunakan jalan sungai. Jaraknya dengan bandar hanya 3.3 kilometer dengan menggunakan jalan sungai.

    “Kini, kampung ini (Kampung Baru) sudah mempunyai kemudahan asas jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air dan kemudahan lain,” katanya semasa berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Baru Kuala Berawan Limbang pada Sabtu.

    Mengulas mengenai permohonan penduduk Kampung Baru berkenaan dengan pembinaan dewan serbaguna, beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang meluluskan permohonan tersebut.

    Bagaimanapun, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu menyediakan tapak untuk memudahkan proses pembinaan dewan tersebut nanti.

    Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Penghulu Jamil Bakar, Ketua Kampung Baru Kuala Berawan Leah binti Awang, Jurutera JKR Bahagian Limbang Noor Ismail Razali dan Pengelola PPWS Kawasan Limbang dan Lawas Nurul Izza Hanis.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berpoetensi besar sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik

    0
    KUCHING, 19 APRIL 2025: Amalan dasar Sarawak yang berteraskan tenaga hijau yang boleh diperbaharui sebagai sumber ekonomi baharu mendapat pengiktirafan daripada Forum Ekonomi Dunia...