More
    Home Malaysia Kemenangan GPS di DUN Sebuyau turut diraikan dengan penuh kesyukuran sebagai tanda...

    Kemenangan GPS di DUN Sebuyau turut diraikan dengan penuh kesyukuran sebagai tanda kepercayaan rakyat Sarawak terhadap parti itu.

    SEBUYAU, 23 JANUARI 2022 (SNN) : Kemenangan dan kejayaan Gabungan Parti sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) turut diraikan oleh GPS Zon Sebuyau dengan meriah namun mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

    Satu majlis kesyukuran yang telah diadakan di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Sabtu bagi meraikan sekaligus untuk memberi pengiktirafan daerah Sebuyau menjadi daerah penuh baru-baru ini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi semasa berucap dalam majlis tersebut berkata, beliau menyifatkan kemenangan bergaya GPS ini adalah satu hadiah yang cukup bermakna untuk orang Sarawak khasnya di DUN Sebuyau.

    Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di atas kemenangan besar GPS pada pilihan raya kali ini.

    “Kemenangan yang besar kali ini, merupakan hadiah untuk parti GPS yang merupakan parti yang terbaik untuk memimpin negeri Sarawak. Dengan berkat doa, kerjasama dan kerja keras semua jentera parti serta penduduk kawasan yang bertungkus lumus bagi memastikan kemenangan GPS pada pilihanraya ini,” katanya.

    Datuk Julaihi dan MP Batang Lupar bergambar bersama semua jentera parti GPS DUN Sebuyau

    Datuk Julaihi juga berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana memberi peluang kepada beliau dalam menyertai kabinet Sarawak dengan memegang jawatan sebagai Menteri Penuh iaitu Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, beliau yakin Datuk Julaihi dapat membawa lebih banyak pembangunan di dalam kawasan ini melalui portfolio yang dipegangnya ketika ini.

    Ujar beliau lagi, kejayaan ini dapat dicapai atas usaha dan kerja kuat daripada jentera parti PBB dan parti-parti komponen yang lain yang ada.

    “Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada anda semua kerana berjaya mengekalkan Sebuyau sebagai kubu kuat PBB dan GPS,” katanya semasa hadir sama dalam majlis tersebut.

    Turut hadir sama Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu dan semua jentera parti Cawangan Sebuyau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...