More
    Home Lain-lain Kemenangan GPS di DUN Bukit Sari untuk meneruskan perjuangan kebajikan rakyat-Awang Tengah...

    Kemenangan GPS di DUN Bukit Sari untuk meneruskan perjuangan kebajikan rakyat-Awang Tengah Ali Hasan

    LAWAS, 22 DISEMBER 2021 (SNN) : Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N-82 Bukit Sari yang telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus memegang dan berkhidmat di kerusi DUN tersebut selepas memenangi dengan majoriti mudah pada pilihanraya 18 Disember 2021 yang lepas.

    Tambah beliau, kemenangan yang dicapainya adalah merupakan kemenangan semua rakyat ‘kitani semua’, demi untuk meneruskan pembangunan yang telah ataupun sedang dirancang dan untuk terus menjaga kebajikan masyarakat di Bukit Sari khususnya dan seluruh negeri Sarawak amnya.

    Beliau juga ingin memohon maaf sekiranya pihak beliau secara individu tidak sempat mengunjungi kampung-kampung dan kawasan masyarakat yang lain sepanjang tempoh berkempen kerana turut berada di tempat lain untuk berkempen, namun kerja-kerja kempen tetap dijalankan oleh jentera pilihanraya Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memastikan kemenangan di Bukit Sari.

    Coretan gambar Datuk Amar Awang Tengah sepanjang berkhidmat untuk rakyat pada penggal yang lalu sebagai tanda terima kasih kepada pengundi GPS

    “Inilah semangat yang seharusnya dikekalkan di kalangan kita. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi di seluruh Sarawak yang telah memberikan mandat yang begitu besar dengan memenangi 76 kerusi DUN daripada 82 kerusi dan kita akan memastikan kemenangan ini sebagai bukti GPS akan terus menjaga kestabilan, kemakmuran dan kemajuan semua,” tegasnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...