More
    Home Malaysia Kemelut PRU-15; Ketua Gabungan PN dan PH dititah menghadap Agong

    Kemelut PRU-15; Ketua Gabungan PN dan PH dititah menghadap Agong

    PUTRAJAYA, 22 NOVEMBER 2022 (SNN): Ketua Gabungan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pakatan Harapan, Datuk Sri Anwar Ibrahim dititah untuk menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 4.30 petang ini.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Istana Negara memaklumkan titah tersebut dikeluarkan selepas Seri Paduka Baginda mendapati tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

    “Memandangkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, maka Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan PH dan PN menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara,” kata kenyataan tersebut.

    Kenyataan itu juga menyebut, Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

    “Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya lagi.

    PH yang mempunyai 82 kerusi parlimen dan PN yang memiliki 73 kerusi tidak dapat membentuk kerajaan kerana kedua-dua gabungan tersebut gagal mendapat majoriti mudah.

    Selepas tiga hari PRU15 berlalu, usaha-usaha untuk membentuk kerajaan baharu masih menemui jalan buntu.

    Dalam perkembangan lain, Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 30 kerusi parlimen dan dilamar PH dan PN, justru memilih untuk kekal menjadi pembangkang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan BKAS disalurkan dalam bentuk kredit melalui Spay Global-Abang Jo

    0
    KUCHING, 12 DISEMBER 2024: Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan dalam bentuk kredit aplikasi Spay Global (sebelum ini dikenali sebagai Sarawak Pay)...