More
    Home Sarawak Kuching Kembara Kenali Borneo beri peluang Yang di-Pertuan Agong selami warisan pelbagai budaya...

    Kembara Kenali Borneo beri peluang Yang di-Pertuan Agong selami warisan pelbagai budaya dan agama di Borneo

    KUCHING, 06 SEPTEMBER 2023 (SNN): Kembara Kenali Borneo menyediakan peluang terbaik kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk menyelami warisan pelbagai budaya dan agama di Borneo.

    Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, dalam siri jelajah Seri Paduka berdua saat tiba si Sarawak nanti kerajaan negeri telah mengatur pelbagai program untuk Seri Paduka berdua melawat pelbagai kumpulan etnik semasa kembara itu.

    Menurutnya, Seri Paduka berdua akan melawat semua kumpulan etnik di Sarawak seperti Melayu, Iban, Bidayuh, Cina, Orang Ulu termasuk Kedayan dan Penan ketika kembara dari Lawas sehingga Telok Melano, yang dijadual bermula hari ini hingga 13 September ini.

    “Kembara ini merupakan peluang terbaik untuk Sarawak memaparkan kepelbagaian kaumnya dan mempamerkan Sarawak sebagai suri teladan bagi seluruh negara untuk toleransi beragama dan keharmonian kaum.

    “Hal ini kerana dalam kembara ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga akan berpeluang beramah mesra dengan rakyat daripada segenap lapisan dan merasai sendiri pengalaman hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Pemangku Yang di-Pertua Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di Astana Negeri, semalam.

    Tambah beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur kembara Seri Paduka ke Sarawak, Seri Paduka berdua juga akan berpeluang melihat sendiri keperluan asas penduduk luar bandar yang merangkumi jalan raya, jambatan, jeti dan gerai-gerai di tepi jalan.

    Beliau menzahirkan harapan agar pemimpin persekutuan yang lain mencontohi Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang bertemu rakyat di peringkat akar umbi khususnya di Wilayah Kepulauan Borneo.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...