More
    Home Malaysia Kemanan dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum wajar dipertahankan bagi melahirkan bangsa negara...

    Kemanan dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum wajar dipertahankan bagi melahirkan bangsa negara yang sejahtera

    KOTA SAMARAHAN, 01 SEPTEMBER 2022 (SNN): Keamanan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu terus dipertahankan bagi menjamin kehidupan yang sejahtera.

    Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, sebagai rakyat Malaysia mereka perlu berbangga dan bersedia mempertahankan kedaulatan negara ia adalah salah satu cara rakyat berkorban untuk negara yang sudah menikmati kemerdekaan sejak 65 tahun lepas.

    “Saya secara peribadinya amat teruja dan sangat berbangga dengan keluarga Kampung Asajaya laut yang telah berusaha untuk memanfaatkan sambutan Hari Kebangsaan dengan pengisian yang begitu bermakna terutama sekali usaha memartabatkan warisan setempat.

    “Kebudayaan serta warisan yang kita miliki ini harus kita pertahankan supaya ia terus dihayati serta dipelihara oleh generasi yang seterusnya dan dalam masa yang sama semangat cinta akan negara perlu ditanam serta dipupuk dari usia yang muda dalam melahirkan generasi yang benar-benar memahami maksud merdeka,” katanya semasa menyempurnakan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Kampung Asajaya Laut, Asajaya pada Rabu.

    Ketibaan Datuk Rubiah Wang disambut dengan persembahan pencak silat dan sambutan dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayan dan busana tradisi daripada bakat- bakat cilik dari kampung berkenaan.

    Mengulas lanjut, beliau turut menegaskan, semangat patriotisme amat penting kepada setiap rakyat bukan sekadar luahan perasaan.

    Datuk Rubiah Wang kemudiannya menyampaikan Anugerah Busana Patriotik kepada Muhamad Maulana Buang serta beberapa pemenang yang lain.

    Turut hadir ialah Penghulu Asajaya Laut; Madon Dillah dan Ketua Kaum Asajaya Laut; Teruna Mat.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...