More
    Home Sarawak Betong Kemajuan pembinaan Jambatan Batang Saribas 2 masih tidak memuaskan-Unggah

    Kemajuan pembinaan Jambatan Batang Saribas 2 masih tidak memuaskan-Unggah

    PUSA, 12 APRIL 2025: Kelewatan dalam pembinaan Jambatan Batang Saribas 2 adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi apabila projek bernilai RM385 juta itu melibatkan kepentingan rakyat secara langsung.

    Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan bahawa kelewatan dalam pembinaan Jambatan Batang Saribas 2 di Pusa adalah sesuatu yang tidak boleh diterima di mana kemajuan projek tersebut kini telah lewat 34 hari daripada jadual asal.

    “Ini adalah projek bermasalah. Saya sudah datang ke sini sebanyak tiga kali, namun kemajuan masih mengecewakan.

    “Kelewatan seperti ini tidak boleh diterima kerana jambatan ini adalah keperluan rakyat,” katanya semasa sidang media di lokasi tapak projek itu pada Jumaat.

    Datuk Amar Douglas Unggah ketika meninjau buat kali ke-3 di tapak Jambatan Btg Saribas 2

    Datuk Amar Douglas menegaskan bahawa kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat komited untuk memastikan setiap projek pembangunan berjalan mengikut perancangan kerana ia memberi impak terus kepada pertumbuhan ekonomi luar bandar dan kesejahteraan rakyat.

    Beliau turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk memantau secara lebih teliti serta memberi tempoh dua minggu kepada pihak kontraktor untuk menyelesaikan segala isu yang membelenggu projek ini.

    Menurut beliau, tarikh siap asal projek ini adalah pada 16 Disember 2025, namun pihak perunding mencadangkan agar ia dilanjutkan ke 30 November 2026 namun beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan meminta agar segala kelewatan ditangani segera tanpa menjejaskan tempoh asal.

    Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Sarawak untuk memastikan projek infrastruktur berskala besar diberi perhatian penuh, bukan sahaja dari aspek fizikal, malah dari sudut pengurusan, integriti pelaksanaan dan kesan terhadap rakyat.

    Turut hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Residen Bahagian Betong Richard Michael Abunawas, Pengarah JKR Sarawak Dr Ir. Cassidy Morris serta pegawai yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kejohanan Piala ADUN Sebuyau 2025; Sukma FC raih juara membawa pulang...

    0
    SEBUYAU, 13 APRIL 2025 (SNN): Kejohanan Bola Sepak Piala YB Dato Sri Julaihi Narawi yang berlangsung pada 3 April lalu kini melabuhkan tirai selepas...