More
    Home Malaysia Kejohanan Piala Dato Sri Julaihi 2024: Pasukan Kembara 11 dinobat sebagai johan

    Kejohanan Piala Dato Sri Julaihi 2024: Pasukan Kembara 11 dinobat sebagai johan

    SEBUYAU, 21 APRIL 2024 (SNN): Pasukan Kembara 11 dari Kampung Sebangan dinobatkan juara Kejohanan Bola Sepak Piala YB Dato Sri Julaihi Narawi selepas menewaskan cabaran skuad Kalso dari Kampung Semera menerusi jaringan 4-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kampung Sebangan pada Jumaat.

    Menerusi kejayaan itu, pasukan Kembara 11 telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 beserta piala dan jersi, manakala, pasukan Kalso berpuas hati meraih wang tunai sebanyak RM3,000 bersama piala dan jersi.

    Manakala tempat ketiga pula disandang oleh pasukan BMR Asajaya yang menerima hadiah wang tunai RM1,500 piala dan jersi dan tempat keempat iaitu pasukan Family FA membawa pulang hadiah wang tunai RM750 dan piala.

    Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan sendiri oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar bersama pasukan yang memenangi tempat pertama hingga keempat

    Dalam kejohanan kali ini juga, Aswandi dari Pasukan Kaslo Semera dinobatkan sebagai pemain terbaik yang membawa pulang hadiah wang tunai, sebuah piala dan sehelai baju jersi Manchester City.

    Untuk rekod, kejohanan bola sepak kali ini telah menyaksikan sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian bagi merebut kejuaraan Piala YB Dato Sri Julaihi Narawi yang bermula sejak 12 April lalu.

    Dalam pada itu, Dato Sri Julaihi turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan yang menjadi juara pada kejohanan kali ini dan pasukan lain juga masih berpeluang untuk menjadi juara pada kejohanan akan datang.

    “Tidak dilupakan juga kepada jawatankuasa penganjur yang diketuai Osman Jamil atas kejayaan penganjuran kali ini dan tidak dilupakan juga kepada para penonton yang hadir memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding,” ujarnya.

    Turut hadir sama wakil pegawai Daerah Sebuyau; Tahir Putih, Pemanca Asli Yahya serta yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...