More
    Home Malaysia Kejohanan Piala ADUN Sebuyau 2025; Sukma FC raih juara membawa pulang hadiah...

    Kejohanan Piala ADUN Sebuyau 2025; Sukma FC raih juara membawa pulang hadiah bernilai RM5,000

    SEBUYAU, 13 APRIL 2025 (SNN): Kejohanan Bola Sepak Piala YB Dato Sri Julaihi Narawi yang berlangsung pada 3 April lalu kini melabuhkan tirai selepas menyaksikan 32 pasukan beraksi bagi meraih tempat pertama bagi liga itu.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap ADUN Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan itu memberitahu, kejohanan bola sepak merupakan acara tahunan setiap kali tiba musim Hari Raya Aidilfitri yang mana diadakan terbuka untuk semua lapisan masyarakat.

    Menurutnya, seperti tahun-tahun sebelumnya kejohanan kali ini dianjurkan dengan jayanya oleh Pusat Khidmat PBB Cawangan Sebuyau dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Sebangan yang mana lokasi pertandingan dilaksanakan di padang bola Kampung Sebangan.

    Dalam pada itu, Dato Sri Julaihi menzahirkan rasa bangga terhadap semangat kesukanan yang ditonjolkan oelh semua pasukan terlibat sepanjang kejohanan itu berlangsung.

    Difahamkan, pada kejohanan kali ini pasukan Sukma FC Sebangan dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pasukan Plan FC (1-0) dalam satu perlawanan sengit semalam dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM5,000 beserta piala dan jersi.

    Manakala di tempat kedua, Plan FC membawa pulang hadiah bernilai RM3,000 beserta piala dan jersi diikuti LA Mansia FC (Tanjung Pisang) bersama hadiah wang tunai RM1,500 beserta piala dan jersi serta tempat keempat dimenangi pasukan Kembara 11 dengan wang tunai sebanyak RM750 serta jersi.

    Dato Sri Julaihi menyampaikan hadiah kepada Johan Piala YB ADUN Sebuyau

    Pada majlis yang sama, Dato Sri Julaihi turut menyampaikan hadiah bagi kategori anugerah penjaring terbanyak kejohanan yang dimenangi oleh En. Tajudin manakala En Arol Bin Hamid dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan terakhir.

    Jelasnya, beliau berharap kejohanan seperti ini akan terus dilaksanakan serta menjadi platform pembangunan bakat muda dalam arena bola sepak selain menyatukan komuniti pelbagai latar budaya dan agama.

    Turut hadir sama ialah wakil Pegawai Daerah Sebuyau; Louis Andria Barieng, Pengerusi Kelab Bola Sepak; Osman Jamel.

     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penubuhan Satu Entiti Tunggal bagi meningkatkan kecekapan pengurusan utiliti air kini...

    0
    KUCHING, 14 APRIL 2025: Usaha Kerajaan Sarawak dalam menubuhkan satu entiti tunggal kini berada pada fasa akhir yang akan melibatkan proses penggabungan tiga agensi...