More
    Home Sarawak Betong Kejayaan GPS dalam pilihanraya harus dikekalkan demi meneruskan agenda pembangunan Sarawak

    Kejayaan GPS dalam pilihanraya harus dikekalkan demi meneruskan agenda pembangunan Sarawak

    BELADIN, 29 OKTOBER 2022 (SNN): Pengundi kawasan Parlimen Batang Lupar perlu memberi sokongan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti bagi memastikan kerajaan sedia ada kekal menjadi kerajaan dalam membawa agenda pembangunan di negeri ini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata, ia bagi menjamin kejayaan GPS dalam memenangi kerusi Parlimen Batang Lupar seterusnya membawa pelbagai projek pembangunan di kawasan ini.

    “Perjuangan kita ini bukan sahaja untuk individu atau Parlimen Batang Lupar, tetapi demi Sarawak lagi-lagi dalam mengukuhkan hak Sarawak.

    “Oleh itu, kita harus memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang akan mewakili GPS di kawasan ini nanti,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Beting Maro di Dewan Al Amin Beladin, semalam.

    Sejumlah 35 cawangan Parti PBB Beting Maro menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri Timbalan Ketua Cawangan Beting Maro; Mohd Shafizan Kiplie, Setiausaha Cawangan Beting Maro; Rosli Uji dan Ketua Wanita PBB Beting Maro; Hajijah Lueng.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...