SEBUYAU, 06 MAC 2022 (SNN) : Jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang berkhidmat untuk tanah air sehingga pencen akan terus dihargai oleh kerajaan demikian kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Daruk Julaihi Narawi.
Kata beliau, anggota ATM merupakan benteng pertahanan negara di barisan hadapan dalam memastikan keamanan negara serta rakyat Malaysia terus terjaga oleh itu kerajaan akan terus memastikan kebajikan mereka diberi keutamaan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau yang berkesempatan hadir merasmikan program jelajah menyantuni veteran ATM di Sebuyau menambah, bagi membolehkan persatuan veteran sentiasa bergerak menjalankan aktiviti bersama masyarakat beliau telah bersetuju untuk meluluskan geran sebanyak RM15 ribu di bawah peruntukan ADUN Sebuyau.
“Program jelajah veteran ATM yang dianjurkan oleh Persatuan Veteran ATM@Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) demgan kerjasama Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Sarawak ini bertujuan bagi mengenalpasti veteran ATM yang ada di kawasan Sebuyau untuk dibawa masuk ke dalam persatuan.
“Setelah mereka itu didaftarkan dalam persatuan berkenaan jadi amatlah mudah bagi kita untuk menjaga kebajikan mereka selain membawa mereka bersama-sama untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan,” kata beliau ketika berucap merasmikan program berkenaan di di Dewan Pembangunan Sebuyau, semalam.
Jelasnya, tanpa mereka kestabilan serta keamanan dan ketenteraman hidup yang kita kecapi hari ini tidak akan dapat dirasai tanpa adanya pengorbanan daripada ATM dan seharusnya masyarakat terus memberi sokongan ke atas pengorbanan yang telah dicurahkan mereka sehingga hari ini.