More
    Home Lain-lain Kastam Sarawak lupus mercun dan bunga api dengan nilai lebih RM1.38 juta

    Kastam Sarawak lupus mercun dan bunga api dengan nilai lebih RM1.38 juta

    KUCHING, 03 SEPTEMBER 2021 (SNN) : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah melupuskan sembilan kontena mercun dan bunga api sepanjang tempoh 16 Ogos lalu sehingga semalam di Lapang Sasar, Kem Sampadi, Lundu dengan anggaran nilai sebanyak RM1.38 juta.

    Pengarah Kastam Sarawak Mohd Nadzri Ariffin dalam satu kenyataan berkata, kesemua barangan yang telah dilucuthak tersebut di bawah Seksyen 127 Akta Kastam 1967 dianggarkan seberat 201,755.18 Kilogram dengan nilai rampasan lebih RM1.38 juta beserta nilai cukai sebanyak RM819,280.55.

    “Kes tangkapan dan rampasan mercun dan bunga api tersebut melibatkan kesalahan tidak memiliki permit yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “Kesemua mercun dan bunga api berkenaan telah diangkut dari pejabat JKDM Sibu ke lokasi pelupusan melalui jalan darat dengan kawalan pengiring oleh anggota Unit MPV PDRM sepanjang perjalanan sehingga ke tapak Lapang Sasar, Kem Sampadi. Proses pelupusan turut mendapat kerjsama serta pemantauan daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” kataya dalam kenyataan semalam.

    Pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dilupuskan pihak JKDM

    Mengulas lanjut, Mohd Nadzri berkata berdasarkan statistik tangkapan yang melibatkan mercun dan bunga api sepanjang tahun 2021, JKDM Sarawak telah berjaya memperolehi 16 dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM795,574.09 dan cukai sebanyak RM514,791.57. Manakala pada tahun 2020, sebanyak 13 kes telah diperolehi melibatkan anggaran nilai sebanyak RM7,229.11 dengan nilai cukai RM4,663.30.

    Jelasnya, pihak JKDM menggesa orang ramai untuk membantu mereka memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain dengan melaporkan kepada pihak Kastam terdekat di semua negeri serta tidak melibatkan diri dengan aktiviti berkenaan. Katanya, pihak JKDM menjamin bahawa setiap identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...