More
    Home Lain-lain Karnival Pendidikan dan Kerjaya Pro-DR sasar pelajar dan belia luar bandar miliki...

    Karnival Pendidikan dan Kerjaya Pro-DR sasar pelajar dan belia luar bandar miliki kerjaya melalui pendidikan

    SARIKEI, 19 JULAI 2024 (SNN): Karnival Pendidikan dan Kerjaya Pro-DR edisi ke-9 yang berlangsung selama 29 hari melibatkan 45 institusi pendidikan, agensi kerajaan dan bantuan kewangan beri\ galakan kepada pelajar dan belia dapatkan pendidikan serta kerjaya.

    Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, matlamat utama penganjuran karnival tersebut adalah menyasar pelajar dan belia di luar bandar untuk mencapai impian kerjaya melalui pendidikan sambil mengambil peluang mendapatkan maklumat tentang bantuan kewangan untuk pengajian tinggi.

    “Sepanjang karnival itu berlangsung pelbagai aktiviti dianjurkan seperti ceramah pendidikan, pameran dan sesi interaktif bagi meningkatkan kesedaran mengenai peluang dalam Inovasi Digital (TVET&STEM) dalam Ekonomi Digital.

    Datuk Len Talif ketika hadir pada Program Pro-DR di Sarikei baru-baru ini

    “Turut diadakan juga pameran berkaitan pendidikan dari pelbagai insituti pengajian tempatan, khidmat nasihat kerjaya, aktiviti STEM, pentas seni dan acara eSukan Mobile Legends serta jualan makanan tempatan bagi menarik minat lebih banyak pelajar dan belia berkunjung,” katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan Karnival Pendidikan dan Kerjaya Pro-DR edisi ke-9 di Dewan Sentral Sarikei, baru-baru ini.

    Jelasnya, diharapkan agar Program Pro-DR dapat membantu belia mengembangkan potensi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta mendapatkan manfaat dan khidmat nasihat bagi hala tuju kerjaya yang bakal diceburi kelak.

    Turut hadir sama ialah Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Residen Sarikei; En Moses Ta-ai, Ketua Eksekutif TEGAS; Tn Hj Udin Bujang, Pegwai Daerah Sarikei; Louis Yeo Soon Guan, Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei; Lau Ngie Tung.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...