More
    Home Sarawak Limbang Karnival Belia Lawas ditunda pada 24-25 September 2022

    Karnival Belia Lawas ditunda pada 24-25 September 2022

    LAWAS, 18 SEPTEMBER 2022 (SNN): Karnival Belia Lawas Excellent BLX BEAT yang dijadual berlangsung bermula 16 hingga 17 September ditunda pada 24 dan 25 September ini.

    Penasihat Karnival Belia Lawas Excellent BLX BEAT, Kr Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa berkata, penundaan itu bagi memenuhi jadual Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Sum Agong yang akan turut hadir bersama-sama dengan belia Lawas.

    Awangku Jinal yang juga Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak berkata, karnival ini adalah pentas untuk belia Lawas melibatkan diri dalam aktiviti sihat setelah dua tahun tidak diadakan sejak pandemik Covid-19.

    “Acara ini juga bakal menjadi landasan untuk melatih belia dalam kepimpinan, pengurusan program dan kerjasama berpasukan.

    “Kita meletakkan tema Belia Excellent, Active & Transform (BEAT) sebagai hala tuju membentuk belia dan beliawanis di Lawas dan Utara Sarawak menjadi generasi cemerlang, aktif dan mampu mengadaptasi kepada transformasi dunia hari ini,” ujar beliau.

    Karnival itu bertemakan Belia Excellent, Active & Transform(BEAT) untuk membentuk belia cemerlang dan menyumbang kepada pembangunan Sarawak seperti yang diimpikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Untuk makluman, Karnival Belia Lawas Excellent BLX BEAT dikelolakan bersama gabungan Pusat Khidmat Parti PBB Cawangan Bukit Sari / Saberkas Cawangan Bukit Sari dan Bakelalan/ dan kelab-kelab NGO N.82 & N.81 Lawas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...