PUSA, 17 SEPTEMBER 2022 (SNN): Empat selamat manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden kejadian kapal karam di jambatan Beladin di sini, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.30 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Saratok ke lokasi kejadian.
“Balai Polis Pusa turut memaklumkan ada berlaku satu kes kapal pasir karam di seberang Beladin berhampiran dengan jambatan Beladin.
“Seorang mangsa (lelaki) yang masih hilang dikenali Nicholas ak Julius dipercayai masih berada di dalam kapal, gagal keluar dari kapal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, empat orang mangsa (lelaki) yang selamat berjaya berenang ke tepi jambatan Beladin Pusa.