More
    Home Sarawak Kuching Kampus Laila Taib, Universiti Teknologi Sarawak yang baharu menawarkan Jurusan Maritim kepada...

    Kampus Laila Taib, Universiti Teknologi Sarawak yang baharu menawarkan Jurusan Maritim kepada anak Sarawak

    KUCHING, 13 JUN 2024: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah membuka sebuah kampus baharu yang dinamakan Kampus Laila Taib di Mukah.

    Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, kampus berkenaan akan menerima pelajar ambilan pertama pada tahun ini yang mana berfokuskan jurusan berkaitan maritim.

    “Sebenarnya kita ada sebuah kampus baharu di Mukah iaitu Kampus Laila Taib UTS.

    “Kampus itu akan menumpukan kepada Jurusan Maritim dan mulai pada tahun ini kita akan menerima pelajar pertama untuk mengikuti kursus di sana,” jelasnya semasa ditemui pemberita selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak, pada Khamis.

    Datuk Dr Annuar Rapaiee bersama Naib Canselor UTS Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid ketika membuat kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun di Astana Negeri Sarawak-foto UKAS

    Sehubungan itu, Datuk Dr Annuar Rapaiee turut menyaksikan penyerahan watikah pelantikan Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi sebagai Canselor Universiti Teknologi Sarawak yang kedua berkuatkuasa 12 Jun 2024 bagi tempoh lima tahun.

    Seterusnya, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi turut menerima kunjungan hormat daripada Konsul Agung Negara Brunei Darussalam Sheikh Abdul Mahdani Dato Paduka Sheikh Abdul Gani serta rombongan.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    SDEC perkenal MySRBN Home Package dengan kadar bulanan yang lebih murah...

    0
    KUCHING, 01 JULAI 2024 (SNN): Dalam usaha memastikan setiap rakyat menikmati jaringan telekomunikasi yang lebih baik Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi serta...