More
    Home Lain-lain "Kami mula nampak cahaya di hujung terowong gelap, ruangan ICU semakin pulih...

    “Kami mula nampak cahaya di hujung terowong gelap, ruangan ICU semakin pulih akibat ramai sudah divaksin,”- Pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi

    PETALING JAYA, 15 OGOS 2021 (SNN) : “Kami sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap walaupun agak samar-samar tapi cukup memberi harapan yang besar,”. Demikianlah kata-kata daripada salah seorang pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi di sebuah hospital selepas berkongsi berita gembira berkenaan perkembangan terkini pesakit Covid-19 yang sedang dirawat.

    “Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang ditambah lagi dengan mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup dan kanvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED (Jabatan Kecemasan). Sekarang dah nampak sedikit ruang,” katanya lagi dalam catatan yang setakat ini menerima lebih 1,600 komen dan 9,400 perkongsian pengguna Facebook.

    Jelas beliau lagi, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 dalam kalangan warga emas juga didapati menurun sejak awal Julai, manakala jumlah kemasukan pesakit warganegara menurun sejak minggu lepas. Majoriti pesakit COVID-19 yang datang menerima rawatan di hospital itu sejak minggu lepas adalah dalam kalangan warga asing.

    Beliau turut berkongsi maklumat bahawa pesakit kritikal yang menerima rawatan di ICU dan pesakit meninggal dunia juga semakin berkurangan. Walaupun jumlah pesakit kategori ringan masih ramai, mereka cuma memerlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja.

    Dr Hana yang juga ahli Medical MythBuster Malaysia berkata masih ada kemasukan pesakit COVID-19 kritikal ke ICU dalam kalangan warganegara, namun terdiri daripada mereka yang tolak vaksinasi. Ada juga pesakit COVID kritikal dalam kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung.

    Beliau berkata, empat pesakit di hospital yang telah divaksin memerlukan bantuan pernafasan hanya tiga hingga empat hari berbanding dua hingga tiga minggu bagi pesakit lain yang tidak sempat menerima vaksin.

    “Mereka (yang telah divaksin) pulih dengan X-ray dada yang bersih berbanding dengan majoriti (tidak sempat divaksin) yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal,” jelasnya.

    Bagaimanapun, katanya, jumlah pesakit COVID-19 di ICU hospital itu masih ramai hasil kemasukan pesakit sejak sebulan lepas, malah jumlah kes kematian sebelum tiba ke hospital juga masih ramai. Melihatkan kepada situasi itu, beliau mengajak orang ramai untuk terus berusaha dan bertawakal bagi memerangi wabak COVID-19 dengan mengambil vaksin.

    “Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit COVID kritikal di ICU hanya tiga orang – sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka,” katanya.-Sumber BERNAMA.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...